SELEPAS tiga bulan melahirkan cahaya mata pertama, usahawan kosmetik Eriyca Baiduri akhirnya mendedahkan wajah bayi lelakinya iaitu Ahmad Kayden buat tatap pengikutnya di media sosial. Eriyca atau lebih mesra disapa Madammu, 33, berkata, perkongsian itu dibuat buat semua yang mengikuti perjalanannya mendapatkan zuriat melalui proses in vitro fertilization (IVF) sebelum ini. Bercerita mengenai Kayden, Madammu memberitahu berat badan bayinya itu sudah mencecah 6.2 kilogram selain semakin aktif dan suka ketawa. "Assalamualaikum aunty semua. Saya Ahmad Kayden Muhammad Azri. Saya anak bongsu kepada Madammu dan TP (panggilan suami). Madammu mahu berkongsi kegembiraan dengan followers yang sentiasa mengikuti perjalanan IVF yang dilalui sebelum ini. "Hari ini genap umur saya tiga bulan... berat badan saya 6.2 kilogram. Saya sangat aktif dan suka ketawa. "Gambar ini khas untuk semua yang mengikuti perjalanan IVF saya dari awal sehingga berjaya," katanya. Madammu berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada pagi Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Kayden nama anak Madammu, kongsi wajah anak bila tiba masanya ARTIKEL BERKAITAN: Suami Madammu tak bagi bayi mandi air paip, sanggup beli berbotol mineral... "Over kan papa dia" Dalam pada itu, Madammu turut mengucapkan terima kasih buat para doktor yang membantunya sepanjang menjalani proses IVF. Usahawan kosmetik itu juga memohon orang ramai untuk mendoakan anak lelakinya itu membesar dan menjadi insan yang berjaya. "Tidak lupa kepada Dr. Haris dan Dr. Datuk Aziz yang banyak membantu saya dalam proses IVF dan melahirkan. "Doakan Kayden membesar dengan baik dan jadi anak taat serta berjaya," ujarnya. Madammu berharap Kayden menjadi anak yang taat dan berjaya. Pada 9 Jun lalu, Madammu selamat melahirkan anak pertamanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur secara pembedahan. Proses kelahiran berjalan lancar dan hanya mengambil masa selama 40 minit di bilik pembedahan. Untuk rekod, Madammu mendirikan rumah tangga dengan Azri pada 2015 yang juga seorang duda yang mempunyai tiga cahaya mata iaitu Zahara, Qally dan Ahmadhi. Ketiga-tiga mereka cukup rapat dengan Madammu malah usahawan itu tidak pernah menganggap mereka seperti anak tiri sebaliknya sebagai cahaya mata sendiri. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!