suria

Syafeek Ikhwan dapat mesej ajak buat perkara sumbang, sanggup bayar RM10,000 - “Abang punya aura lain macam”

Syafeek Ikhwan mendedahkan dia banyak kali menerima gangguan seksual.

PENYANYI Syafeek Ikhwan menjadi mangsa gangguan beberapa individu tidak dikenali menerusi laman sosial miliknya yang ada di antara mereka tanpa rasa malu memintanya melakukan perbuatan sumbang.

Malah kata Syafeek atau Muhammad Syafek Ikhwan Ghazali, 35, ada segelintir sanggup membayarnya dengan jumlah wang yang banyak demi mendapat perhatian daripadanya.

Menerusi tangkap layar perbualan yang dikongsi, seorang individu secara berterusan menggangunya dengan menghantar pelbagai mesej termasuk berbaur gangguan seksual terhadapnya.

Malah individu itu sanggup membayar RM10,000 seperti diminta dengan harapan semua permintaannya dipenuhi.

Syafeek Ikhwan 2

Syafeek mengakui tidak terkesan, malahan gangguan itu menjengkelkan.

"Saya serius bang sebab abang punya aura lain macam.

"Kalau banyak ini (RM10,000) apa yang saya dapat bang? Saya nak abang. Boleh ke?," antara mesej yang dihantar kepada Syafeek.

Syafeek berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Syafeek berkata, dia sedih mengenangkan apabila ada individu menganggap dia boleh diperdaya dengan menggunakan wang.

ARTIKEL BERKAITAN: Kediaman keluarga Syafeek Ikhwan dipecah masuk, kelengkapan sekolah anak saudara pun lesap!

ARTIKEL BERKAITAN: Klon P. Ramlee, Fairuz Misran meninggal dunia pada usia 38 tahun

Penyanyi lagu Lafaz itu bagaimanapun memberitahu dia sebenarnya tidak terkesan dengan mesej dihantar malah sudah terbiasa dengan perkara itu.

"Cuma apabila dah banyak kali sangat, menjengkelkan jugalah.

"Paling senang sekat sahaja orang macam ini tapi ia berlaku banyak kali oleh pelbagai jenis orang," ujarnya.

Syafeek Ikhwan 3

Syafeek meminta individu yang terlibat berhenti daripada terus melakukannya.

Penyanyi tersebut turut berharap mereka yang gemar menghantar mesej seperti itu agar menghentikan tabiat berkenaan.

Ini kerana kata Syafeek, bukan semua orang terdesak dan mudah terpedaya hanya ditawarkan wang dengan cara mudah.

"Kita patut belajar hormat orang lain," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain