suria

Artis lain tular tapi netizen ungkit gelaran Dewi Remaja ditarik balik, Haneesya Hanee hanya mampu ketawa

Haneesya Hanee tidak mahu namanya dikaitkan dengan siapa-siapa.

PELAKON dan model Haneesya Hanee menyifatkan tindakan segelintir pihak cuba mengorek kembali kisah silamnya ketika menyertai pertandingan Dewi Remaja sekitar empat tahun lalu sebagai lucu.

Haneesya atau Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, 23, berkata, dia hanya mampu ketawa apabila perkara itu dibangkitkan termasuk mengaitkan individu lain dalam hal tersebut.

Kata Haneesya, dia mendapat tahu mengenai perkara itu selepas menerima banyak notifikasi di laman sosial X (Twitter) meskipun sudah lama tidak aktif di aplikasi tersebut.

3598A2E1-DB20-4146-8581-311CE795A0CC

Haneesya memulangkan kembali trofi kemenangannya.

"Aku ini dah lama tak buka Twitter, tiba-tiba dapat notification banyak masuk.

"Saya tak tahu apa yang berlaku tetapi apabila baca tentang kisah silam, saya akan gelak.

"Korang ni aku gelak pun salah. Segala mak nenek kisah silam aku korang ungkit. Orang lain yang viral tolong jangan kaitkan dengan saya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Haneesya Hanee jalani pembedahan tulang belakang, dedah hidap scoliosis sejak 2015

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil bersama anak dalam drama, rupanya ibu Haneesya Hanne pernah bergelar pelakon masa muda

Haneesya membuat ciapan itu sebagai respon kepada pengikutnya di laman sosial itu yang membangkitkan kembali punca gelaran juara Dewi Remaja 2018/2019 ditarik balik.

Hantaran seorang pengguna memberitahu dia baru mengetahui punca kejadian itu.

Susulan itu, Haneesya meminta netizen tidak mengaitkan dia dengan pihak lain yang tiada kaitan dengannya.

WhatsApp Image 2023-09-11 at 11.52.06 AM

Haneesya menyifatkan perkara itu sebagai lucu.

Ketika itu nama Haneesya menjadi bualan hangat apabila video memaparkan beberapa peserta pertandingan itu berhibur di kelab malam dan memegang gelas minuman keras.

Susulan penarikan semula kemenangannya itu, Haneesya dalam satu sidang media menyerahkan semula mahkota, trofi dan replika cek yang menjadi hadiah kemenangannya.

Haneesya yang mengaku salah atas kejadian itu turut menyifatkan penarikan semula kemenangannya adalah wajar dan menerimanya dengan hati terbuka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain