suria

Bertalu-talu kecaman pakai baju sendat, Shila Amzah berhenti guna media sosial - “Dah jadi tempat toksik untuk saya”

Shila umum berehat dari media sosial buat seketika.

TIADA angin tiada ribut, penyanyi Shila Amzah mengambil keputusan untuk berehat daripada menggunakan media sosial buat sementara waktu.

Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 33, menjelaskan tindakan itu dibuat selepas merasakan media sosial sebuah platform yang toksik buat dirinya.

"Saya akan berhenti bermain media sosial untuk sementara waktu.

"Ia telah menjadi tempat yang agak toksik untuk saya.

Shila Amzah 2

Media sosial adalah toksik bagi Shila.

"Jadi saya chow (pergi) dulu. Jaga diri semua orang dan semoga menjalani hari yang baik," katanya.

Penyanyi lagu Patah Seribu itu berkongsi perkara tersebut menerusi Instastory miliknya.

Walaupun tidak menjelaskan secara spesifik punca dia mahu berehat menggunakan media sosial namun tindakan itu difahamkan ada kena mengena dengan kemunculannya di Konsert HausBoom Music 2023 pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah lama suka Shila Amzah, Ubai pernah cuba ‘masuk jarum’ 10 tahun lalu

ARTIKEL BERKAITAN: “Serabut tengok mereka bergaduh” - Shila Amzah tak mampu paksa ibu bapa terus bersama, cerai jalan terbaik

Ia susulan Shila menerima kecaman bertalu-talu daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan pakaiannya yang dikatakan tidak bersesuaian dengan penampilannya yang bertudung.

Shila pada acara itu mengenakan jaket merah jambu yang dipadankan dengan kemeja T polos berwarna krim di bahagian dalam.

Bagaimanapun, kelincahan Shila dan faktor angin bertiup membuatkan jaketnya terselak sehingga menampakkan bentuk perut Shila.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain