PELAKON Norman Hakim akhirnya tampil bersuara menjelaskan dia mendiamkan diri berhubung isu membabitkan anak perempuannya kerana memilih menyelesaikan masalah keluarga secara tertutup. Norman atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 47, berkata, dia dan keluarga mengambil iktibar dan menjadikan insiden yang ditimbulkan anak perempuannya itu sebagai pengajaran. "Terima kasih juga kepada yang prihatin atas ujian buat keluarga saya baru-baru ini. Insya-Allah gerak hati dari-Nya untuk kami selesaikan secara tertutup. "Kami ambil iktibar atas khilaf yang berlaku. Mohon doakan yang baik-baik," katanya menerusi hantaran di Instagram miliknya pada petang Ahad. Norman bersama Abby ketika menyambut ulang tahun Marissa ke 18 tahun. Dalam pada itu, Norman berkata, dia membaca setiap komen ditinggalkan netizen di media sosial miliknya dan memohon maaf bagi pihak anaknya iaitu Marrisa Dania Hakim, 18, susulan kekecohan itu. "Saya happy baca komen semua... Komen yang mungkin berbaur emosi dan kebencian, saya anggap itu semua sebagai teguran baik daripada kalian untuk saya dan keluarga perbaiki kelemahan dan khilaf kami. "Ampun maaf kalau ada khilaf, salah dan silap dari saya seisi keluarga. Yang salah tetap salah dan pintu taubat sentiasa terbuka untuk kembali ke jalan-Nya. "Segala kelemahan datang dari kami dan segala yang baik hanya dari-Nya," luahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Tak ‘update’ sebab tiada idea, Abby Abadi minta peminat jangan risau... Sibuk urus perniagaan di Melaka ARTIKEL BERKAITAN: “Saya mengaku salah” - Anak Norman dan Abby akhirnya buka mulut, katanya bukan semua cerita tular itu benar Dalam perkembangan lain, Norman memaklumkan dia dan keluarga baru sahaja sembuh daripada jangkitan Influenza A malah anak perempuannya Mikayla Delisha Hakim, 5, terpaksa menerima rawatan di hospital. "Salah satu nikmat paling besar apabila dikurniakan kembali nikmat sihat. Minggu lepas satu keluarga dijangkiti Influenza A bermula dengan saya selepas itu berjangkit ke mummy (Memey Suhaiza) kemudian Awish (Muhammad Darwisz Hakim), Kikim (Muhammad Dikhriz Hakim) dan akhir sekali Kayla. "Kayla saja paling lama demam dekat lima hari tak kebah, kena tahan hospital untuk masuk drip antibiotik sebab dia memang tak pandai makan ubat. "Dan syukur sangat hari ini dah dapat dengar balik ceria dan gelak ketawa dia," kongsinya. Norman bersama dua orang anak perempuanya bersama Abby iaitu Marissa dan Maria Danisha. Pada malam Khamis lalu, seorang wanita dikenali sebagai Umisya Mazlan mendedahkan seorang anak selebriti menjadi penyebab rumah tangganya bersama suami musnah menerusi hantaran di laman X (Twitter). Ibu kepada dua anak itu mendakwa peluang sebanyak tiga kali yang pernah diberikan sebelum ini tidak diendahkan sehingga memaksanya mendedahkan perbuatan mereka kepada umum. Marissa pula pada Sabtu tampil mengakui kesilapan namun menegaskan tidak semua cerita tentang dirinya yang tular adalah benar. Malah remaja itu turut memberitahu hubungannya dengan lelaki dikenali sebagai Aslam sudah berakhir. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!