suria

Video keluar dating curi tumpuan, peminat minta jangan lukakan hati Sherry Alhadad... ‘Abang Proton’ akan cerita perkenalan mereka

Netizen minta pengguna TikTok tidak lukakan hati Sherry.

NAMA pelakon dan pengacara Sherry Alhadad menjadi sebutan ramai apabila video dia keluar 'dating' bersama seorang jejaka tular di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok Amin Moktar memaparkan Sherry yang mengenakan baju kemeja putih sambil mengenakan topi hitam menuju ke arah kereta lelaki berkenaan.

Malah wajah Sherry juga dilihat tersenyum gembira melihat gelagat Amin yang sedang merakamnya.

Amin dan Sherry kemudiannya dilihat menghabiskan masa bersama menikmati hidangan tengah hari di sebuah restoran.

Sherry 2

Sherry kelihatan teruja apabila Amin datang menjemputnya.

Jejaka berkenaan yang turut membahasakan dirinya sebagai Abang Proton turut menguapkan terima kasih kepada Sherry yang sentiasa menceriakan hidupnya.

"Evening date with her. Terima kasih selalu menceriakan hidup I. Sekian, Abang Proton," katanya.

Selepas seharian bersama, lelaki berkenaan menghantar Sherry pulang kembali ke rumahnya dan pengacara tersebut berterima kasih kerana membawanya berjalan-jalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sherry Alhadad tukar penampilan, siap buat babak aksi tanpa guna ‘stuntman’

ARTIKEL BERKAITAN: Satu-satunya anak belum berkahwin, Sherry Alhadad paling sibuk urus persiapan raya ibu... Sudah bersedia cari teman hidup

Lebih menarik perhatian lagi apabila Sherry juga mengajaknya untuk keluar bersama sekiranya ada masa terluang kelak.

"Terima kasih bawa saya pergi healing. Nanti kita pergi healing lagi eh? Kita makan pula dekat tempat lain," kata Sherry.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meminta Amin tidak melukakan hati Sherry dan memberinya layanan yang baik.

"Abang jangan main-mainkan Sherry. Kami sayang dia.

Sherry 1

Sherry dan Amin turut meluangkan masa makan tengah hari bersama.

"Sherry ini baik, kadang orang anggap kawan itu sebenarnya jodoh," antara komen netizen.

Namun Amin memberitahu hubungannya dengan Sherry hanya sekadar rakan dan mereka telah berkenalan sejak 2019 lagi.

"Jangan risau kitorang tak ada apa-apa pun. Kami selesa berkawan baik begini. Sherry ini dah jadi client saya sejak tahun 2019 lagi.

"Nanti saya cerita macam mana saya kenal beliau," ujarnya di ruangan kapsyen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain