suria

Tak ‘update’ sebab tiada idea, Abby Abadi minta peminat jangan risau... Sibuk urus perniagaan di Melaka

Abby maklum dirinya dalam keadaa baik sahaja selepas kontroversi melibatkan anaknya.

PELAKON Abby Abadi memaklumkan dia dalam keadaan baik selepas mengambil langkah mendiamkan diri daripada mengulas isu melibatkan anak perempuannya iaitu Marissa Dania Hakim sejak Jumaat lalu.

Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 46, turut meminta peminatnya tidak risau dengan keadaannya susulan tidak membuat sebarang perkongsian di media sosial.

Malah kata Abby, dia kini berada di Melaka dan sibuk menguruskan hal berkaitan perniagaan suaminya iaitu Muhammad Faizal Zakaria.

Abbby

Abby berkongsi sedang sibuk menguruskan hal berkaitan syarikat di Melaka.

"Alhamdulillah... Semuanya okay-okay saja. Jangan risaukan saya. Tak update sebab tak ada idea.

"Saya di Melaka sekarang. Uruskan JaiTech Solution. Doakan segala urusan kami dipermudahkan ya," katanya.

ARITKEL BERKAITAN: “Saya mengaku salah” - Anak Norman dan Abby akhirnya buka mulut, katanya bukan semua cerita tular itu benar

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami salahkan anak Abby, Norman... Mengaku lemah dikejar Marissa walaupun dah putus hubungan

Abby berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Ahad.

Dalam perkongsian lain, Abby turut berkongsi suasana sekitar tempat dia berada ketika ini yang turut memapakan sekumpulan lelaki dipercayai pekerjanya.

Pada malam Khamis lalu, seorang wanita dikenali sebagai Umisya Mazlan mendedahkan seorang anak selebriti menjadi penyebab rumah tangganya bersama suami musnah menerusi hantaran di laman X (Twitter).

Abby

Kontroversi melibatkan Marissa menggemparkan dunia hiburan.

Ibu kepada dua anak itu mendakwa peluang sebanyak tiga kali yang pernah diberikan sebelum ini tidak diendahkan sehingga memaksanya mendedahkan perbuatan mereka kepada umum.

Marissa, 18, pula pada Sabtu, tampil mengakui kesilapan namun menegaskan tidak semua cerita tentang dirinya yang tular adalah benar.

Malah remaja berusia 18 tahun itu turut memberitahu hubungannya dengan lelaki dikenali sebagai Aslam itu sudah berakhir.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain