suria

“Jangan gatal-gatal kalau nak hidup lama” - Pesanan Janna buat Dini sebelum ke Makkah

Janna sedih meninggalkan suami untuk tempoh masa dua minggu.

PELAKON Janna Nick secara berseloroh sempat berpesan agar suaminya iaitu aktor Dini Schatzmann bersikap baik sepanjang dua minggu dia menjalani penggambaran drama di Tanah Suci Makkah.

Dalam bergurau, Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, turut menyifatkan perpisahan sementara itu adalah waktu paling sukar buat dia sejak bergelar seorang isteri pada Jun lalu.

"Ucapan selamat tinggal yang paling sukar. Jaga diri Dini.

"Jangan gatal-gatal kalau nak hidup lama," katanya yang berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Ahad.

janna nick 3

Dini dan Janna berpelukan sebelum berlepas ke Makkah.

Dini atau Dini Azan Schatzmann, 29, turut dilihat menghantar isterinya itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dalam video yang dikongsi itu, Janna juga dilihat tidak dapat menahan air mata apabila memberi lambaian terakhir buat suami.

Dalam temu bual bersama mStar sebelum ini Janna juga memberitahu tempoh dua minggu berada di sana adalah paling lama mereka berpisah selepas bernikah pada 10 Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick ke Makkah 2 minggu, tempoh paling lama berjauhan dengan suami

ARTIKEL BERKAITAN: Masuk hospital sejak Khamis lalu, Janna Nick alami masalah radang usus

Janna memberitahu dia turut mengambil kesempatan kali ini untuk sekali lagi mengerjakan ibadah umrah ketika berada di sana.

Dia juga berhasrat untuk membawa suaminya itu bersama namun merasakan tidak manis kerana pemergiannya atas urusan kerja.

"Dua minggu akan tinggalkan suami sebab pergi ke Makkah untuk urusan penggambaran drama. Saya pun pergi ke tempat suci untuk beribadah, selain pada masa sama bekerja juga.

janna nick 2

Pasangan ini berkahwin pada 10 Jun lalu.

"Sebenarnya, nak bawa suami sekali. Tetapi atas dasar kerja, jadi saya rasa ia tidak manis kalau nak pergi bersama.

"Pada saya, kerja tetap kerja dan kalau betul-betul nak pergi beribadah, nanti kita pergi lagi," jelasnya.

Janna ke sana bagi menjalani penggambaran drama berjudul Surat Dari Tuhan yang turut menampilkan pelakon Umi Nazeera dan Shukri Yahaya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain