suria

Dah pilih prasekolah untuk Bilal, tapi Neelofa kecewa ibu bapa tak boleh akses CCTV sekolah

Neelofa bakal menghantar Bilal ke prasekolah minggu depan.

PENGACARA dan usahawan Noor Neelofa meluahkan memaklumkan dia dan suami iaitu Pencetus Ummah (PU) Haris bakal menghantar anak lelaki sulung mereka, Muhammad Bilal ke prasekolah bermula minggu depan.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 33, bagaimanapun meluahkan kebimbangan apabila sekolah yang dipilihnya itu tidak membenarkan ibu bapa mengakses rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk memantau anak-anak mereka.

Malah, Neelofa turut membandingkan pusat asuhan itu dengan sekolah anak rakannya yang diberi akses untuk memantau anak-anak mereka.

WhatsApp Image 2023-09-13 at 4.31.15 PM

Neelofa luahkan rasa kecewa apabila tidak boleh mengakses CCTV di prasekolah pilihannya.

"Minggu depan, Bilal akan mula prasekolah... dan saya tanya sekiranya ibu bapa boleh akses CCTV dekat prasekolah tersebut memandangkan kawan saya berkongsikan bahawa dekat sekolah anaknya, ibu bapa boleh akses CCTV bila-bila masa sahaja.

"Malangnya, tempat yang saya fikir untuk hantar Bilal ini tidak membenarkannya," katanya.

Neelofa berkongsi kekecewaanya itu menerusi Instastory pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Abdullah Abbas dalam pantulan cermin, Neelofa minta jangan salah faham

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa dan Haris lebih terbuka, tunjuk wajah comel Abdullah Abbas dalam pantulan cermin

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 2, dan Abdullah Abbas yang lahir pada 11 Julai lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain