suria

Yakin sokongan pendengar, Suria FM terbitkan Majalah Suria 7... Edisi pertama tampilkan gandingan Khai Bahar dan Nabila Razali

Suria 7 janjikan kandungan menarik buat pembaca.

STESEN radio Suria FM mengambil langkah berani menerbitkan sebuah majalah hiburan berbentuk fizikal yang turut boleh dicapai menerusi platfrom digital dikenali sebagai Suria 7.

Yakin sokongan pendengar setia stesen berkenaan, Editor Suria 7 iaitu Roslen Fadzil memberitahu penerbitan majalah ini juga memiliki keunikan tersendiri meskipun kini ramai yang memilih bahan bacaan secara atas talian.

"Saya melihat trend membaca majalah secara fizikal ini bukanlah sesuatu yang baru dan ia kembali popular meskipun dalam era teknologi sekarang ini.

roslen 1

Roslen harap Suria 7 diterima baik pembaca.

"Penerbitan ini merupakan satu langkah berani yang diambil oleh sebuah stesen radio. Kami yakin dengan penyokong stesen Suria FM dan majalah ini adalah satu perkara yang unik.

"Melalui penjualan majalah secara fizikal, pembaca akan lebih mendalami menerusi paparan gambar dan jalan cerita," katanya kepada mStar.

Tambah Roslen pihaknya juga sudah merancang mengadakan pelbagai aktiviti menarik bersama pembaca untuk tempoh enam bulan pertama penerbitan bagi merancakkan lagi jualan.

ARTIKEL BERKAITAN: Siri Jelajah Suria 2023 buat kelainan, tampil artis-artis era 80-an hiburkan penonton

ARTIKEL BERKAITAN: Satu-satunya radio bahasa Melayu catat peningkatan pendengar, Suria FM naik ranking nombor 3... DJ Lin ucap terima kasih atas sokongan

Malah pembaca juga berpeluang mendapatkan edisi khas dengan tanda tangan penyanyi Nabila Razali dan Khai Bahar pada 16 September ini sempena pelancaran Suria 7.

"Bukan sekadar jualan majalah, malah kami sudah merancang pelbagai aktiviti bersama pembaca dalam masa terdekat.

"Dari segi kandungan pula, kami menjanjikan isu-isu yang terkini mengikut kehendak pembaca. Bukan sekadar temu bual eksklusif, malah kami juga tampilkan gambar sesi fotografi," jelasnya.

suria 7 2

Nabila dan Khai sebagai penghias muka depan edisi pertama Suria 7.

Suria 7 merupakan produk baharu keluaran Suria FM di bawah naungan Star Media Group Berhad.

Majalah ini mula dijual pada 12 September di mana ia menampilkan gandingan Nabila dan Khai sebagai penghias muka depan.

Majlis pelancaran Suria 7 akan diadakan semasa Konsert Karnival Mega Suria bertempat di Padang Timur MBPJ, Petaing Jaya, Selangor pada Sabtu ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain