PELAKON Bella Dowanna terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu akibat kecederaan pada bahagian lutut kaki kanan yang dikenali sebagai meniscus tear. Kata Bella atau Qystinna Istajibilla Dowanna Halim, 20, kecederaan tersebut dialami ketika dia sedang menjalankan latihan untuk drama terbaharu berjudul The Cadets. "Ketika tengah menjalani latihan tiba-tiba saya terdengar bunyi lutut meletup dan terus jatuh. Rasa sakit sangat sampai susah nak bergerak. Pada awalnya saya rasakan mungkin masalah ACL. Bella kini masih menerima rawatan di hospital. "Masa duduk dalam sakit itu saya menangis sebab latihan yang dilakukan itu adalah untuk babak terakhir drama tersebut. "Saya terus ke hospital untuk lakukan pemeriksaan dan ujian MRI mendapati ada bahagian terkoyak atau meniscus tear," katanya ketika dihubungi mStar. Bella terduhulu turut berkongsi gambar sedang menerima rawatan di hospital berkenaan dan atas nasihat doktor dia perlu menjalani pembedahan. ARTIKEL BERKAITAN: Selalu kena body shaming, Bella Dowanna kesal bentuk badan jadi bahan jenaka... “Gurauan itu menyakitkan hati” ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin pipi nampak kecil sikit” - Nadeera Zaini tak buat ‘muka’, wajah berubah sebab berat badan turun Bagaimanapun pelakon ini bercadang untuk menangguh dahulu prosedur berkenaan untuk menghabiskan sesi penggambaran drama lakonannya itu. "Babak selepas ini semuanya melibatkan saya. Kalau saya tiada kasihan pula orang lain terpaksa tangguh. Jadi saya perlu habiskan komitmen dahulu. Doktor juga beritahu pembedahan tersebut boleh dilakukan bila-bila masa tetapi jika terlalu lama keadaan akan jadi lebih teruk BELLA DOWANNA PELAKON "Selesai sahaja penggambaran nanti barulah saya akan ke hospital semula untuk lakukan pembedahan. Saya tak nak buat sekarang kerana boleh menyusahkan orang lain. "Doktor juga beritahu pembedahan tersebut boleh dilakukan bila-bila masa tetapi jika terlalu lama keadaan akan jadi lebih teruk," ujarnya. Berkongsi keadaan terkini, Bella ketika dihubungi memberitahu dia masih menerima rawatan di hospital berkenaan. Bella mahu selesaikan komitmen penggambaran sebelum jalani pembedahan lutut. "Sekarang saya diberi ubat tahan sakit selain menjalani fisioterapi. Saya boleh berjalan tetapi tidak boleh berdiri lama. "Kata doktor lepas pembedahan nanti, saya perlu enam minggu untuk pulih. Sebab itu saya fikir elok tangguh dahulu pembedahan," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!