suria

Farid Kamil pegang perut Diana Danielle, peminat doa ada berita gembira

Gambar yang dimuat naik Diana Danielle mencetus tanda tanya netizen.

SELEPAS memaklumkan kembali rujuk, pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle sekali lagi menjadi perhatian peminat susulan hantaran terbaharu mereka di Instagram.

Farid yang berpakaian serba hitam manakala Diana mengenakan baju kurung serta lengkap bertudung hijau bergambar mesra sambil tangan aktor itu memegang perut isterinya.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Diana seakan-akan tidak selesa dengan tindakan Farid yang memegang bahagian perutnya.

FK DD 1

Farid dan Diana rujuk pada 31 Ogos lalu.

"Tak perlu la dekat perut," katanya ringkas pada bahagian kapsyen.

Baru sahaja memuat naik hantaran tersebut dua jam yang lalu, gambar berkenaan meraih lebih 50,000 tanda suka selain 1,600 komen daripada pengikutnya.

Ramai berpandangan pasnagan yang kembali rujuk sebulan selepas bercerai itu seakan-akan memberikan petunjuk bahawa mereka bakal menimang cahaya mata ketiga.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak jemu doa kembali disatukan, Farid dan Diana rujuk selepas sebulan cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Desas-desus sudah rujuk semula, Diana Danielle serahkan kepada Farid untuk buat pengumuman

Malah ramai mendoakan pasangan itu dikurniakan cahaya mata sebagai menguatkan lagi ikatan perkahwinan mereka yang kembali terjalin.

"Yakin Aurora akan dapat adik selepas ini... Bersiap sedia dengan baby nombor tiga. Yahoo!

"Tanda-tanda dapat bayi nanti. Selamat honeymoon semula," antara komen peminat.

Tidak hanya itu, peminat turut memuji penampilan Diana yang bertudung dan berharap aktres itu benar-benar menutup aurat selepas ini.

Majlis resepsi perkahwinan Farid Kamil & Diana Danielle

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012.

"Manisnya Diana bertudung. Moga istiqamah. Hikmah disebalik ujian," kata netizen.

Untuk rekod, pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora,8.

Mereka bagaimanapun mengaku sudah kembali rujuk dan akan mendaftarkan perkara itu di mahkamah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain