suria

Pernah terserempak Zaiton Sameon jalan kaki, hajat Madammu nak bantu termakbul... Hati tersentuh lihat kepayahan selebriti veteran

mStar menyelami kepayahan hidup golongan selebriti. - Foto: FAIHAN GHANI.

PENYANYI Zaiton Sameon menjadi antara sebab usahawan kosmetik Eriyca Baiduri memberi persetujuan tatkala ditawarkan untuk sama-sama terlibat dalam program terbaharu terbitan portal mStar iaitu mStar Baek.

Eriyca atau lebih mesra dengan panggilan Madammu, 34, berkata, dia terbuka hati bertindak sebagai penaja utama program berkenaan menerusi syarikatnya iaitu Noir Health & Beauty apabila terkenang pernah terserempak dengan Zaiton suatu ketika dahulu.

Melihat Zaiton jalan seorang diri di kawasan Cheras, Madammu memberitahu hatinya terdetik untuk membantu penyanyi berkenaan apabila sudah berkemampuan.

"Saya masih ingat lagi ketika zaman belajar, saya pernah terserempak dengan Zaiton berjalan kaki bersendirian di sekitar kawasan Cheras.

Ulang tahun ke 18 mstar dan pelancaran mStar Baek bersama selebriti. — FAIHAN GHANI/The Star

Madammu sudah lama pasang niat mahu bantu Zaiton.

"Daripada situ saya sudah mula terdetik mahu membantunya jika berkemampuan... Apabila melihat nama Zaiton tersenarai, saya memang teruja dan sebab dia juga saya terus bersetuju menaja program mStar Baek," katanya.

Madammu berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas pelancaran program berkenaan dan sambutan ulang tahun ke-18 mStar yang diadakan di Menara Star, Petaling Jaya pada petang Selasa.

Dalam pada itu, Madammu berkata, hatinya juga tersentuh apabila turun padang bertemu beberapa selebriti yang dalam keadaan susah selain diuji masalah kesihatan ketika menjalani penggambaran program tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Madammu tak bagi bayi mandi air paip, sanggup beli berbotol mineral... “Over kan papa dia”

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada lagi air mata untuk menangis”... Zaiton Sameon akui kisah hidupnya kini ada kaitan dengan lagu pernah dinyanyikan

Kata Madammu, kunjungan tersebut bukan sahaja dapat menyelami kehidupan sebenar artis veteran yang dalam kesusahan tetapi turut mengajarnya erti kehidupan.

Malah pengasas produk Noir ini berharap program mStar Baek dapat diteruskan selepas ini.

"Nama-nama mereka yang terlibat dalam program ini merupakan selebriti yang telah menghiburkan kita dengan lakonan dan nyanyian mereka.

Saya secara peribadi mahu bantuan ini diteruskan di masa akan datang.

ERICA BAIDURI

USAHAWAN

"Nama-nama yang terlibat dalam program ini merupakan selebriti yang telah menghiburkan kita dengan lakonan dan nyanyian mereka. Saya cukup tersentuh apabila melihat hidup mereka kini. Ada yang hidup susah dan ada juga yang mengalami masalah kesihatan.

"Saya secara peribadi mahu bantuan ini diteruskan di masa akan datang. Mungkin saya sendiri yang akan menziarahi mereka nanti," ujarnya.

mStar baik merupakan program yang membantu barisan seleriti yang melalui fasa sukar dalam kehidupan sedang mereka sebelum ini adalah orang yang banyak menabur bakti kepada masyarakat menerusi bakat seni masing-masing.

Ulang tahun ke 18 mstar dan pelancaran mStar Baek bersama selebriti. — FAIHAN GHANI/The Star

Pelancaran mStar Baek turut meriah dengan sambutan ulang tahun mStar.

"Saya cukup tersentuh apabila melihat kehidupan mereka sekarang... Ada yang hidup susah dan ada juga mengalami masalah kesihatan.

"Secara peribadi saya mahu bantuan ini diteruskan pada masa akan datang," ujarnya.

mStar baik merupakan program yang membantu barisan seleriti yang melalui fasa sukar dalam kehidupan sedang mereka sebelum ini adalah orang yang banyak menabur bakti kepada masyarakat menerusi bakat seni masing-masing.

Antara artis yang disantuni termasuklah Zaiton Sameon, Mak Jah, Bad (Indigo), Mak Wan Latah, Ibnor Riza, Roy (Ratnaku) Wan Maimunah, Alina Hassan dan Izwan Fitri.

file7s4ig08t06p16onwc1oa

Zaiton Sameon sempat menghiburkan hadirin pada pelancaran program mStar Baek.

Pada hari pelancaran tersebut, Madammu turut menyerahkan wang tunai selain set penjagaan kecantikan kepada barisan selebriti yang terlibat dalam program mStar Baek.

Selain sumbangan wang tunai dan barangan lain daripada Noir, para selebriti terlibat turut mendapat sumbangan berupa barangan keperluan asas daripada Bernas seperti beras dari Jasmine, tepung (Era) dan gula (CSR) serta barangan kesihatan daripada Eskayvie.

Program mStar Baek yang berbentuk video 10 episod akan bersiaran pada setiap Khamis bermula 5 Oktober 2023 di portal mStar serta semua platform media sosialnya termasuk YouTube dan Facebook.

Tetamu yang turut hadir dalam majlis sambutan ulang tahun ke-18 mStar termasuklah Datuk Aznil Nawawi, Haiza, Ruhil Amani, Rhys William, Liana Rosli, Arja Lee, Auntie Purple, Dr Samhan, Queen Sayang dan ramai lagi.

file7s4ifrrtzjt68y911oc

Ketua Pengarang mStar, Niezam Abdullah menyerahkan cenderahati kepada Madammu.

Turut hadir adalah Ketua Pegawai Kandungan Kumpulan Media Star, Esther Ng dan Ketua Pengarang Berita mStar, Niezam Abdullah.

Ditubuhkan pada tahun 2005, mStar kini menghampiri usia dua dekad sebagai portal hiburan dan gaya hidup terulung.

Dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak 18 tahun lalu, mStar pada hari ini akan menjadi tumpuan orang ramai untuk mencari kandungan hiburan, viral dan sensasi.

Banyak kejayaan yang berjaya dilakar jenama ini, antaranya memecah rekod purata paparan halaman sebanyak 20 juta dengan 8 juta pelawat unik sebulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain