ISTERI pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam tampil mempertahankan bekas menantunya iaitu Puteri Sarah Liyana susulan ada pihak kurang senang dengan tindak tanduk aktres itu sejak bercerai. Datin Patimah Ismail berkata, Puteri Sarah tidak pernah menjadi penyebab kekacauan di dalam keluarganya malah meminta pelakon itu tidak melayan komen negatif dilemparkan terhadapnya. Kata Patimah, apa diperkatakan tentannya adalah disebabkan rasa cemburu. "Tak jadi kudis pun, biar dia meroyan. Cemburu tu," katanya. Netizen terharu lihat hubungan akrab antara Puteri Sarah dan Patimah. Patimah berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang disertakan foto aktres berkenaan. Difahamkan, Patimah mengeluarkan kenyataan itu susulan ada segelintir pihak kurang senang melihat hubungan akrabnya dengan Yusof selepas muncul dalam program Sepahtu Reunion Live baru-baru ini. Malah Puteri Sarah menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini mendapat komen daripada netizen yang meminta dia menjauhkan diri daripada bapa mentuanya itu kerana bersimpati dengan isteri Syamsul, Ira Kazar. "Kau sepatutnya jauhkan diri dengan bekas bapa mentua, kesian dekat pihak sebelah," tulis individu itu di ruangan komen. ARTIKEL BERKAITAN: “Dah kena saman duduk diam-diam” - Puteri Sarah bengang bekas menantu Kazar bangkitkan isu edah, bermesra dengan lelaki dalam ‘live’ ARTIKEL BERKAITAN: Patimah Ismail tak putus doa anak-anak dapat reda Allah, salahkan diri sendiri sikap tak baik mereka Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Instagram tumpang gembira apabila Patimah sentiasa dipihak Puteri Sarah. Mereka juga beranggapan Puteri Sarah seorang menantu yang baik sehingga disayangi ibu bapa mentuanya. "The best mentua ever! Semoga hubungan baik Datin dan Sarah sampai bila-bila. Kasi ajar sikit pihak sana. "Mesti Puteri Sarah seorang menantu yang hebat, sebab itu mentua selalu baik dan sokong dia. "Bertambah murung pihak sana, cemburu betul dia orang dengan menantu datin yang sorang ini," antara komen netizen. Untuk rekod, Puteri Sarah bercerai dengan Syamsul Yusof pada 14 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Hasil perkahwinan sejak 8 Mac 2014 itu, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 5 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!