KELIBAT pelakon Meerqeen sedang berjalan berdua-duaan dengan pempengaruh media sosial Ameera Khan ketika berada di Paris, Perancis menimbulkan pelbagai pertanyaan dalam kalangan peminat. Menerusi perkongsian di Instastory miliknya, Meerqeen dan Ameera dilihat berada di sebuah pusat beli-belah di Paris yang mana kedua-duanya kelihatan ceria. Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, mengenakan pakaian serba hitam dilihat sedang merakam Ameera secara diam-diam ketika adik kepada pengacara Neelofa itu sedang melihat ke arah lain. Antara komen netizen. Tidak hanya itu, Ameera atau Nur Ameera Khan, 23, turut dilihat merakam Meerqeen yang ketika itu sedang sibuk mencari sesuatu di dalam beg yang digalas menggunakan telefon milik aktor itu. Rabu lalu, Meerqeen turut memuat naik swafoto bersama Ameera sehingga mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat. Biarpun ada yang teruja melihat kemesraan pasangan tersebut namun ada pula merasakan Ameera bukan wanita sesuai buat Meerqeen. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Wajah jadi rebutan jenama antarabangsa... Meerqeen tak gila duit, paling penting jaga reputasi ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling tak suka dibandingkan dengan aktres lain, tiada kaitan gosip Meerqeen dan Ameera Khan Sebaliknya, pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu lebih cocok dengan aktres jelita Anna Jobling yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini. "Tak sesuai Ameera dan Meerqeen... Lebih sesuai dengan Anna Jobling. "Macam mana pula dengan Anna? Mereka sudah putus ke?," komen peminat. Terdapat peminat tidak bersetuju mereka bersama. Meerqeen dilaporkan berada di Paris bagi menghadiri majlis pelancaran produk terbaharu jenama mewah Yves Saint Laurent (YSL). Meerqeen merupakan wakil tunggal dari Malaysia yang dilantik sebagai duta produk wangian dan bedak asas di bawah YSL. Manakala Ameera pula dilaporkan berada di Paris bagi menghadiri acara jenama terkenal Dior. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!