suria

Adira Suhaimi sibuk buat ‘content’ media sosial untuk kekal relevan, lagu lama masih jadi pilihan peminat

Nama Adira kekal dimintai peminat.

PENYANYI Adira Suhaimi meluahkan rasa syukur kerana namanya masih kekal diingati meskipun sudah lebih 13 tahun berada dalam industri seni.

Kata Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, biarpun fokusnya kini lebih tertumpu kepada keluarga serta penghasilan video media sosial, namun kerjaya sebagai penyanyi itu tetap melekat dalam dirinya.

"Kerjaya nyanyian saya masih berjalan seperti biasa. Walau aktif di media sosial, saya tak takut orang lupa bahawa saya adalah seorang penyanyi.

adira 3

Adira berkongsi aktiviti harian di sosial media.

"Selama saya mencipta nama dalam industri ini, lagu-lagu juga banyak yang menjadi hit. Peminat masih meminta saya menyanyikan lagu sendiri ketika persembahan," katanya kepada mStar.

Seiring dengan perjalanan seni, Adira turut memanfaatkan platform sosial media dengan perkongsian video-video harian di rumah.

Biarpun membuat kandungan yang tidak berkaitan dunia seni, namun baginya itu adalah cara terbaik agar namanya kekal relevan dalam kalangan peminat muzik.

ARTIKEL BERKAITAN: Adira tak menyesal ikat peranakan, mahu anak-anak membesar bersama - “Cukup setakat ini”

ARTIKEL BERKAITAN: Adira Suhaimi ‘tutup kilang’, ambil keputusan ikat peranakan... Bimbang risiko jika hamil lagi

Dalam masa sama, dia juga memberitahu setiap perkongsian itu juga hanyalah sekadar hiburan tanpa menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

"Iya, saya aktif di media sosial supaya boleh terus kekal dalam industri. Sosial media adalah satu platform meluas digunakan, jadi rugi kalau kita tidak manfaatkan sebaik mungkin.

"Banyak perkara yang kita boleh lakukan. Apa yang penting kena aktif dan kreatif.

Sosial media adalah satu platform meluas digunakan, jadi rugi kalau kita tidak manfaatkan sebaik mungkin

ADIRA SUHAIMI

PENYANYI

"Content saya hanya sekadar hiburan dan tidak ada pun yang sensitif. Saya tak perlu nak risau jika ada yang tidak suka atau mahu kecam," ujarnya.

Bercakap tentang karier nyanyian, Adira tampil berduet dengan Khai Bahar dalam lagu baharu berjudul Pejam.

Mengakui sukar merakamkan sebuah lagu duet, menurut Adira pengalaman terdahulu membuatkan mereka mencipta keserasian untuk karya ciptaan Audi Mok dan Shazee ini.

adira 2

Khai dan Adira tampil berduet dalam lagu Pejam.

"Pengalaman kami menerusi lagu duet lain sebelum ini menjadikan proses rakaman lebih mudah. Kami berpuas hati dengan hasilnya.

"Saya selesa dengan lagu-lagu genre seperti ini. Kalau diberi peluang saya juga tidak menolak untuk menyanyi lagu rancak," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain