SERING menerima pertanyaan mengenai zuriat sejak berkahwin pada November tahun lalu, penyanyi Najwa Latif berkata dia sama sekali tidak pernah berkecil hati apabila diajukan soalan sama. Meskipun belum dikurniakan rezeki itu, Najwa atau Imratul Najwa Abdul Latif, 28, sentiasa positif dan menganggap setiap ucapan yang diterima sebagai satu doa. "Saya tidak pernah marah kalau orang mesej saya berkenaan mengandung... sebab apa yang mak dan suami kata, itu adalah doa. Najwa Latif dalam hantaran Insta Storynya. "Jadi, kalau ada rezeki, ada. Saya dan suami tiada rancang apa-apa untuk anak, kami menerima seadanya," katanya kepada mStar. Pada Khamis, penyanyi lagu Muka Buka itu ada memuat naik satu hantaran di Instastory memperlihatkan dia berpimpin tangan bersama suaminya iaitu Akwa Arifin. Najwa yang mengenakan baju serba hitam bersaiz besar itu kelihatan seperti sedang hamil. ARTIKEL BERKAITAN: Najwa Latif sendiri terkejut sudah bergelar isteri, peminat nak cari pengganti presiden kelab single ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi kisah awal cinta... Rupanya Najwa Latif mengurat suami, sabar dua bulan tunggu jawapan Najwa bagaimanapun menafikan tanggapan peminat mengenai kehamilan dengan meletakkan kapsyen #justthetwoofus #notthree #janganbukebukeplis Kata Najwa, dia lebih gemar mengenakan pakaian bersaiz besar yang mungkin menjadi sebab ada pihak menganggap dirinya sedang mengandung. "Kadang-kadang bila saya muat naik gambar, orang asyik bertanya adakah saya sedang mengandung tapi buat masa ini saya belum mempunyai rezeki untuk mengandung," ujarnya. Saya tidak pernah marah kalau orang mesej saya berkenaan mengandung... sebab itu adalah doa. NAJWA LATIF PENYANYI Dalam masa sama, penyanyi itu berkata, dia kini sedang memberikan fokus sepenuhnya untuk menyiapkan penyelidikan untuk ijazah kedoktoran (PhD) yang kini memasuki tahun kedua. "Saya kini lebih banyak fokus untuk siapkan tulisan (proposal). Dan setelah siap proposal, saya akan kembali bekerja seperti sebelumnya," ujarnya. Sebelum ini, Najwa beberapa kali menafikan dia sedang hamil selepas mendapat ucapan tahniah daripada peminat melalui laman Instagram. Najwa dan Akwa telah mendirikan rumah tangga pada 11 November tahun lalu. Jelasnya, badannya kelihatan besar disebabkan tubuhnya sedikit berisi selepas mendirikan rumah tangga. Spekulasi kehamilannya mula tersebar selepas tular video dia sedang membuat persembahan dan memperlihatkan seakan-akan mempunyai baby bump. Untuk rekod, Najwa mendirikan rumah tangga dengan Akwa dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di kampung halamannya, Batu Pahat, Johor pada 11 November tahun lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!