suria

PU Abu dituduh liberal bagi pandangan sambut Maulidur Rasul secara sederhana... “Saya tak setuju cara kita merayakan”

Abu berkongsi pendapat tentang sambutan Maulidur Rasul.

GARA-GARA menyarankan umat Islam meraikan Maulidur Rasul secara sederhana, Pencetus Ummah (PU) Abu dituduh berfikiran liberal dan seolah-olah melupakan hari penting Nabi Muhammad SAW.

Tampil menjawab komen ditinggalkan pengikutnya itu, Abu atau Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 29, berkata dia cuma tidak bersetuju dengan cara sambutan itu diadakan secara berlebih-lebihan.

Baginya, Nabi Muhammad perlu dicintai setiap hari dan bukanlah hanya pada perayaan tertentu sahaja.

pu abu 2

Abu membalas komen pengikut di media sosial.

"Jika membela sunnah Nabi itu dilabelkan sebagai liberal, silakan melabel lagi dan lagi. Kita perlu diajar untuk sayang Nabi setiap hari.

"Saya bukan tidak setuju dengan sambutan Maulidur Rasul, tetapi saya tidak setuju cara kita merayakan Maulid Nabi itu," katanya menerusi satu perkongsian di Instastory pada Khamis.

Dia menulis perkara tersebut sebagai membalas satu komen yang menganggap pandangannya satu fahaman liberal kerana mengajak orang ramai merayakan sambutan Maulidur Rasul secara bersederhana.

ARTIKEL BERKAITAN: Luar biasa! Alunan selawat bergema di Bukit Bintang, umat Islam bersatu sambut Maulidur Rasul

ARTIKEL BERKAITAN: PU Abu tidak mahu buka pekung rumah tangga, konflik dengan Hana Azraa tak libatkan isteri pertama

Dalam pada itu, Abu juga mengajak orang ramai supaya lebih melakukan aktiviti pengisian jiwa sebagai tanda sayang terhadap Nabi Muhammad SAW.

"Sekiranya sayangkan Nabi, buat tiga perkara iaitu amalkan sunnah Baginda, perbanyakkan selawat dan belajar kisah sirah hidup Baginda," kongsinya.

pu abu 3

Abu turut berkongsi cadangan amalan memperingati Nabi.

Sebelum ini, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri berpendapat perayaan sambutan Maulidur Rasul adalah sebagai harus dan termasuk dalam bidaah hasanah.

Beliau turut menyarankan pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah serta ativiti yang tiada percampuan lelaki dan wanita.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain