suria

Bapa PU Amin meninggal dunia

Ayah PU Amin menghempuskan nafas terakhir pada Khamis.

PENDAKWAH bebas Pencetus Ummah (PU) Amin berkongsi berita duka pemergian bapa tercinta iaitu Lokman Hakim Ahmad yang menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 3.15 pagi, Khamis.

Allahyarham meninggal dunia pada umur 63 tahun di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kajang, Selangor.

"Ayah saya tercinta Lokman Hakim telah meninggal dunia pada pukul 3.15 pagi bersamaan 28 September 2023 di ICU Hospital Kajang.

Ayah PU Amin 2

Ayahnya meninggal di ICU Hospital Kajang.

"Ayah mula masuk ICU pada Isnin lepas," katanya kepada mStar.

Menurut Amin, punca kematian ayahnya adalah disebabkan oleh radang paru-paru yang dihidapi buat kali kedua sejak minggu lepas.

"Untuk yang pertama sebelum ini telah sembuh. Kemudian dia kena (radang paru-paru) buat kali kedua minggu lepas.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Mek Habsah meninggal dunia akibat penyakit paru-paru

ARTIKEL BERKAITAN: Klon P. Ramlee, Fairuz Misran meninggal dunia pada usia 38 tahun

"Sejak daripada itu dia lemah dan kemudiannya meninggal dunia," ujarnya.

Tambahnya, jenazah telah selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Baru Sungai Kantan, Kajang pagi Khamis.

"Allahyarham diuruskan di Surau Al Asman Taman Sri Jelok Kajang pada pukul 7 pagi tadi dan kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Baru Sungai Kantan, Kajang," katanya.

Ayah PU Amin 3

PU Amin diminta untuk menjaga ahli keluarga selepas pemergian ayahnya.

Berkongsi berkenaan momen-momen terakhir bersama ayah kesayangan, Amin berkata, arwah berpesan supaya dia menjaga ahli keluarga termasuk ibunya dengan baik selalin meminta Amin sentiasa mendekatinya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

"Arwah berpesan supaya saya menjaga keluarga, ibu. Kemudian dia juga pesan supaya jangan jauh-jauh dengan dirinya," tambahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain