GOSIP kononnya penyanyi Shila Amzah bakal bercerai dengan suaminya iaitu Ubai semakin menjadi-jadi apabila banyak blog hiburan berkongsi berita tidak benar itu. Menyedari mengenai perkara itu, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, bagaimanapun enggan ambil pusing dengan berita palsu berkenaan. Ditanya oleh peminat di Instastory mengenai tindakan yang bakal diambil oleh Shila, penyanyi lagu Khilaf Asmara ini berkata dia tidak terfikir untuk menfailkan saman terhadap blogger berkenaan. Shila dan Ubai masih dalam keadaan baik. "Saya serius tiada ungkapan berkenaan isu tersebut. Tapi, benda itu memang semakin menjadi-menjadi. "Ia adalah satu perkara yang tidak berbaloi untuk saman kerana di akhirnya, mereka (masih) cuma menunjukkan kebijakan mereka dengan lakukan (fitnah) ini. "Kalau nak ikut geram, memang nak je jumpa siapa yang tulis tapi malas," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Dah lama suka Shila Amzah, Ubai pernah cuba ‘masuk jarum’ 10 tahun lalu ARTIKEL BERKAITAN: Bertalu-talu kecaman pakai baju sendat, Shila Amzah berhenti guna media sosial - “Dah jadi tempat toksik untuk saya” Dalam pada itu, Shila turut menasihati orang ramai supaya tidak melayan berita palsu yang diterbitkan sesetengah blog hiburan. "Sebagai pembaca, kena tahu kesahihan sesuatu berita sebelum membuat keputusan percaya atau tidak. "Benda itu dekat kita, kalau membabi buta percaya, lagi banyak portal akan buat perkara ini," ujarnya. Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos yang lalu. Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai khabar angin dan dakwaan mengenai rumah tangga Ubai dan Shila yang dikatakan mempunyai masalah dan bakal bercerai. Bagaimanapun, perkara tersebut telah dinafikan Ubai dengan memaklumkan bahawa dia dan Shila berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Sekadar info, Ubai dan Shila selamat mendirikan rumah tangga mereka alam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur pada 4 Ogos lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!