RAMAI peminat cemburu dan makan hati apabila melihat pelakon Daiyan Trisha berpeluang beramah mesra dengan aktor terkenal Hollywood Ed Westwick, baru-baru ini. Daiyan atau nama sebenar Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 30, berkongsi foto bersama bintang Gossip Girl tersebut di akuan Instagram miliknya ketika menghadiri acara pelancaran sebuah jenama kecantikan terkenal yang berlangsung di Paris. Kata Daiyan, pertemuan pada malam itu merupakan satu keajaiban buat dirinya. Daiyan gembira beramah mesra dengan bintang terkenal. "Magic night," katanya di ruangan kapsyen. Bukan hanya bertemu Ed Westwick atau lebih dikenali sebagai Chuck Bass, Daiyan juga beramah mesra dengan beberapa bintang lain seperti Amanda Seyfried, Stephanie Hsu, Sabrina Carpenter dan ramai lagi. Dalam satu video di muat naik di Inststory, Daiyan turut menyerahkan hadiah berupa buku Tulisan by Daiyan kepada Amanda Seyfried. ARTIKEL BERKAITAN: Netizen syak puisi curang tentang Aedy Ashraf, Daiyan Trisha harap buku dapat ‘peluk’ pembaca - “Itu mungkin sekadar spekulasi mereka” ARTIKEL BERKAITAN: Daiyan Trisha bakal jadi penulis, lancar buku puisi ‘Tulisan by Daiyan’ Amanda dilihat begitu teruja apabila mendapat buku tulisan aktres berkenaan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap Daiyan bertuah selain meluahkan rasa cemburu mereka. Bukan sahaja peminat, malah rakan-rakan-rakan artis turut meluahkan rasa cemburu apabila aktres berkenaan dapat meluangkan masa dengan bintang hebat. Amanda teruja terima buku daripada Daiyan. "Betul-betul beri inspirasi. Daiyan memang hebat! "Daiyan dengan crush saya! Cemburunya saya tengok hidup Daiyan. "Dia hidup dalam lukisan, agak-agak lepas ini jumpa siapa?" antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!