suria

Beberapa tahun ‘ditidurkan’ kerana PKP, ‘Bobob’ Jasmin Hamid kembali bergerak... “Artis pakai Wira lama, dah jatuh miskin ke?”

Jasmin Hamid bersama Bobob.

SELEPAS beberapa tahun tidak digunakan di atas jalan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, akhirnya kereta kesayangan pelakon Jasmin Hamid kembali berfungsi.

Mengimbau banyak jasa kereta jenis Proton Wira itu, Jasmin turut mengakui dirinya pernah dipandang hina dan digelar artis miskin gara-gara masih menggunakan kenderaan lama.

"Alhamdulillah my felari (kereta saya) sudah bangun dan bawa saya makan cendol selepas beberapa tahun ditidurkan sebab PKP. Nama dia Bobob.

Jasmin 1

Jasmin menaiki Bobob ditemani suaminya.

"Bila Bobob bawa saya jalan, ada segelintir manusia yang pandang senget dekat saya.

"Takkan artis pakai wira lama? Dah jatuh miskin ke?" katanya dalam satu hantaran di Instagram pada Khamis.

Dalam hantaran tersebut, Jasmin kelihatan sangat gembira menaiki Bobob sambil ditemani suaminya iaitu Nazmir Abdul Rahim.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor kesan kelainan pada urat jantung Jasmin Hamid, berita baiknya sudah tidak lagi tersumbat

ARTIKEL BERKAITAN: Jasmin Hamid jalani pembedahan di hari lahir, doa minta bebas kanser rahim... Tergores hati netizen kutuk fizikal makin berisi

Meskipun cacian tersebut sering kali dilontarkan, aktres ini memilih untuk tidak mengendahkan hal itu.

"Kenapa eh? Haram ke pakai Wira lama? Kereta buruk? Saya okay sahaja pakai Wira lama, yang awak alahan kenapa?

Jasmin 2

Jasmin mendirikan rumah tangga bersama Nazmir pada November 2021.

"Pada yang banyak cakap tu, nak belikan kereta baru untuk saya ke?

"Kalau tak, tutup mulut dan telinga rapat-rapat," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain