suria

Tiada penghantaran luar dari AS... Hasrat Bad Indigo mahu beli alat bantuan berjalan belum tercapai

Bad Indigo mencari individu yang mahu menolongnya.

IMPIAN penyanyi Bad Indigo ingin mendapatkan alat bantuan untuk memudahkan dirinya kembali berjalan tidak kesampaian apabila pengeluar produk berkenaan di Amerika Syarikat (AS) tidak membenarkan ia dihantar ke luar daripada negara itu.

Memandangkan alat bantuan dikenali X-Leg itu hanya boleh dibeli di negara pengeluar, maka Bad atau Badrul Izhan Yeop Abdullah, 48, sedang mencari mana-mana individu yang berada di AS untuk membantunya mendapatkan produk berkenaan.

"Saya telah cari atau buat kajian lebih daripada setahun. Alat ini adalah yang paling terbaik untuk keadaan saya ketika ini. Ahli fisioterapi dan ahli terapi juga mengatakan ini yang terbaik.

Bad Indigo 1

Bad mencari individu yang boleh membantunya membeli alat itu di California, AS.

"Tetapi saya ada masalah sekarang ini adalah dia tidak boleh keluar daripada AS. Saya kena pergi sana untuk beli atau paling dekat mereka boleh hantar hanya di Kanada.

"Jadi sekarang ini, saya punya ikhtiar adalah mencari siapa-siapa yang nak pergi ke AS bantu saya untuk dapatkannya (alat bantuan) itu," katanya kepada mStar.

Bad berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sambutan ulang tahun ke-18 mStar dan pelancaran program mStar Baek yang diadakan di Menara Star, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah 2 tahun Bad Indigo tak jejak bazar Ramadan kerana tiada parkir OKU... “Saya cuma rindu nak ke sana”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya nak berjalan semula” - Bad Indigo tunggu luka kaki sembuh, harap dapat jari palsu

Ditanya mengapa dia sendiri tidak ke AS mendapatkan produk berkenaan, Bad berkata tindakan itu merupakan satu pembaziran buat dirinya.

Malah dia mengakui kewangannya masih belum mencukupi untuk membeli alat bantuan yang dianggarkan mencecah RM5,000 itu.

"Saya nak pergi (AS) hanya semata untuk ini sangat membazir. Jadi, selagi saya boleh bergerak, saya cuba.

Saya nak pergi AS hanya semata untuk ini sangat membazir. Jadi, selagi saya boleh bergerak, saya cuba.

BAD INDIGO

PENYANYI

"Saya punya peruntukan memang tiada lagi, tapi saya rasa bila masa sampai nanti, insya-Allah ada lah," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Bad merupakan salah seorang penerima dalam program terbaharu mStar Baek yang merupakan inisiatif mStar bersama penaja Noir Beauty & Health menyantuni golongan artis memerlukan.

"mStar Baek ini merupakan satu usaha yang sangat murni dan saya doakan diberkati dan dilimpahi kepada mereka semua yang terlibat.

Bad Indigo 2

Bad bersama empat artis lain ketika menerima cenderamata daripada penaja Madammu, Noir.

"Saya sebagai penerima sangat terharu kerana ada orang masih lagi ingat saya walaupun ada orang kata sendu," ujarnya.

Untuk info, episod pertama mStar Baek akan bersiaran pada Khamis, 5 Oktober depan.

Pada Januari 2021, Bad terpaksa menjalani pembedahan cara berperingkat memotong jari kakinya yang luka akibat penyakit diabetes di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Biarpun kini pergerakannya terbatas, Bad sedaya upaya untuk menguruskan diri sendiri tanpa mahu menyusahkan individu lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain