suria

Penata gaya fitnah pengurus larikan duit, Nadeera buat laporan polis

Tidak timbul sebarang masalah antara Nadeera dan pengurus.

PENYANYI Nadeera Zaini tampil membuat laporan polis terhadap seorang penata gaya pada Jumaat susulan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap dia dan pengurusnya iaitu Zizi Hadid.

Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 30, berkata, pihaknya juga sedang menelitii sebarang unsur ugutan dan bakal mengambil tindakan saman sekiranya isu tersebut berlarutan.

"Saya mengambil serius isu fitnah yang mendakwa saya diperlakukan secara tidak profesional oleh pihak pengurus. Atas nasihat peguam satu laporan polis telah dibuat.

nadeera 2

Nadeera berkongsi kenyataan di laman sosial miliknya.

"Saya dan pihak pengurusan Woodwind Records sedang meneliti semua perkara yang dimuat naik dan bersedia mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat unsur ugutan dan fitnah.

"Saya dan pengurus tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara ini berlanjutan," katanya.

Nadeera menulis perkara tersebut dalam satu kenyataan yang juga dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin pipi nampak kecil sikit” - Nadeera Zaini tak ‘buat muka’, wajah berubah sebab berat badan turun

ARTIKEL BERKAITAN: Minta sponsor nak buat muzik video, Nadeera kecil hati digelar pengemis

Isu berkenaan dipercayai timbul apabila seorang penata gaya secara terbuka mendakwa Zizi sebagai seorang yang tidak amanah termasuk melarikan duit bayaran persembahan.

Menafikan perkara tersebut, Nadeera juga menegaskan mereka bekerja secara profesional dan tidak pernah berlaku sebarang masalah seperti mana yang menjadi bualan sebelum ini.

"Tuduhan dilemparkan terhadap pengurus saya seolah-olah dia telah melarikan duit bayaran persembahan dan tuduhan lain juga menggambarkan saya sebagai mangsa.

Pihak kami juga sudah tidak mempunyai sebarang kaitan dengan individu ini sejak isu timbul

NADEERA ZAINI

PENYANYI

"Penglibatan saya dalam industri seni di bawah seliaan pengurus saya adalah secara profesional. Tidak pernah langsung timbul masalah berkaitan kewangan dan profesionalisme," jelasnya.

Penyanyi ni juga memaklumkan pihaknya tidak lagi bekerjasama dengan individu berkenaan.

Dalam masa sama, Nadeera memohon agar tidak mudah percaya dengan sebarang kenyataan yang memburukan namanya tanpa sebarang usul periksa.

nadeera 3

Nadeera serahkan kepada pihak berkuasa untuk jalankan siasatan.

"Saya menggesa individu terbabit untuk berhenti memburukkan keadaan. Pihak kami juga sudah tidak mempunyai sebarang kaitan dengan individu ini sejak isu timbul.

"Saya mohon orang ramai tidak mudah percaya dengan kenyataan yang berniat jahat sebaliknya menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk siasatan lanjut," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain