HANYA dengan menyebut judul-judul lagu ikonik dendangannya seperti Tu Ke T'aime, Umi, Pulanglah dan Anugerah Dari Kegagalan, penggemarnya pasti sudah dapat meneka gerangan penyanyi legenda ini. Datuk Sheikh Abdullah Ahmad Bakhbereh atau lebih dikenali sebagai Datuk Shake, 73, bakal menghiburkan peminatnya dengan mengadakan konsert solonya di Zepp Kuala Lumpur pada 16 Disember ini. Konsert yang dianjurkan InTour Live Events bersama iMe Entertainment Group itu akan mempamerkan perjalanan yang menakjubkan kronologi kerjaya muzik Shake yang menjangkau 50 tahun. Bukan sahaja lagu Melayu, malahan Shake bakal menghiburkan beberapa lagu bahasa Perancis yang mempopularkan Bukan sahaja lagu Melayu, malahan Shake mempunyai lagu bahasa Perancis. Menurut penganjur, semua karyanya yang terbaik akan dipersembahkan termasuk lagu-lagu berbahasa Melayu dan Perancis yang mempopularkannya di Eropah. Konsert Shake di Zepp KL itu disifatkan sebagai sebuah destinasi buat peminat untuk kembali menggembara masuk ke masa silam dengan karya-karya hit yang sudah menjadi siulan sejak era 70-an, 80-an dan 90-an. “Shake merupakan artis yang benar-benar unik. Beliau mempunyai bakat yang tidak dapat dinafikan dan lebih penting lagi, seorang yang serba boleh. Beliau benar-benar dekat dengan perkataan fusion. ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar terkilan tak dapat bawa ibu bapa tonton konsert pertama di Dewan Filharmonik Petronas ARTIKEL BERKAITAN: “Saya kenal orang dalam 100 peratus fitnah!” - Aina Abdul ikut prosedur mohon DKD RM300,000, anjur konsert perlu kos besar "Tidak dinafikan bahawa beliau merupakan lelaki berbakat semula jadi yang menyanyi dengan baik dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis," katanya menerusi satu kenyataan media kepada mStar. Dalam masa sama, Shake sendiri tidak sabar untuk menyantuni peminat di bumi kelahiran tercintanya yang diimpikan sejak 2020 lagi. Pernah merancang untuk mengadakan konsert pada 2020, namun ia terpaksa ditunda akibat daripada pandemik Covid-19 melanda dunia ketika itu. Konsert Shake akan berlangsung selama 90 minit. “Janji pasti akan ditepati untuk peminat yang masih sayangkan saya. Pada tahun 2020, saya merancang untuk melakukan jelajah besar ke seluruh Malaysia dan Asia! Malangnya pandemik itu merosakkan rancangan semua orang termasuk saya. “Saya akan kembali ke Malaysia dalam Konsert Datuk Shake Zepp KL, 16 Disember 2023 ini. Jumpa anda semua nanti! Tidak sabar untuk membuat persembahan kerana banyak ulasan yang bagus tentang Zepp sebagai salah satu pentas terbaik,” katanya. Untuk info, Konsert Datuk Shake Zepp KL akan berlangsung untuk tempoh 90 minit bermula pukul 8.30 malam dengan harga tiket bermula dari RM358. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!