PENERBIT Datuk A. Aida tidak akan sesekali memilih lelaki berstatus suami orang sebagai pasangan hidup. A. Aida atau Zaidah Awang, 53, berkata, dia tidak mahu melukai hati wanita lain sekiranya menjadi orang ketiga dalam sesebuah perkahwinan. Malah katanya, dia lebih rela berkahwin dengan lelaki muda dan masih bujang berbanding mendirikan rumah tangga dengan jejaka yang sudah pun mempunyai isteri. "Kalau dah ada isteri tak payah nak mengurat saya... Saya tak nak melukakan hati wanita lain. A Aida enggan berkahwin dengan lelaki berstatus suami orang. "Maaf ya, kita tak layan suami orang. Lelaki ini tak cukup satu ke? "Daripada kahwin dengan suami orang, baik saya kahwin dengan orang muda," kongsinya di Instagram miliknya pada Jumaat. Bagaimanapun rakan baik A. Aida iaitu aktres Farahdhiya tidak bersetuju dengan perkara itu sebaliknya meminta penerbit itu mencari seseorang yang setaraf dengannya. ARTIKEL BERKAITAN: Datuk S lesap lepas pinjam RM1.3 juta, A. Aida bagi masa selesaikan hutang atau tanggung malu ARTIKEL BERKAITAN: Cemburu lihat orang lain bahagia, A. Aida doa jumpa jodoh terakhir... mahu lelaki berkarier dan penampilan menarik Farahdhiya berkata, dia tidak menyarankan penerbit itu berkahwin dengan lelaki muda sebaliknya lelaki berstatus duda lebih sesuai dengannya. "Ha? Carilah yang satu level awak sis. Sudah-sudahlah yang muda, tak habis-habis menyusahkan awak itu. "Tak suruh pun kahwin suami orang, banyak sahaja duda dekat luar itu yang level-level awak sis. Daripada kahwin dengan suami orang, baik saya kahwin dengan orang muda. A. AIDA PENERBIT "Insya-Allah sentiasa doakan yang terbaik untuk kakak ku... Yang merepek kita pangkah!," katanya. Terima pandangan rakannya itu, A. Aida memberitahu dia bakal mencari duda sebagai peneman hidupnya. "Ya kita mencari duda," jelasnya. Untuk rekod, A. Aida pernah berkahwin dengan bekas vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng pada 1994 namun bercerai pada 2003. A Aida terima nasihat daripada Farahdhiya yang juga rakan baiknya. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Wan A Aleesa, 27 dan Wan Azevanatassha yang kini berusia 22 tahun. Dia kemudian berkahwin lagi bersama seorang pegawai polis berpangkat Asisten Supritenden (ASP) ketika itu, Suffian Sulaiman pada 2007 namun ia juga berkahir dengan penceraian. Mereka bercerai pada 2013 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rahul yang kini berusia 15 tahun. A. Aida kemudiannya bertemu jodoh dengan aktor Ariff Aziz pada pada 21 Julai 2018 sebelum bercerai secara baik pada 25 April 2019. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!