suria

Ajai neutral isu anak perempuan dan Nourul Wahab, beri ruang selesai salah faham

Ajai harap Nourul dan Ayu dapat selesaikan masalah yang berlaku.

KOMPOSER dan penyanyi Ajai tidak berasa terbeban dengan kemelut melanda di antara anak perempuannya iaitu Ayu Nazirah dengan bekas isterinya Nourul Wahab.

Ajai atau Mohd Faizal Maas, 48, sebaliknya berkata, salah faham yang berlaku dalam kalangan ahli keluarga adalah perkara biasa cuma sebagai selebriti perkara itu menjadi tumpuan ramai.

"Saya tidak mahu fikir apa yang berlaku sebagai satu perkara membebankan. Ia biasa terjadi, kalau saya bukan selebriti pun masalah ini tetap berlaku.

"Orang bercakap sebab saya selebriti... Nak buat macam mana, kan? Buat baik pun kena, buat tak baik juga sama.

ajai 2

Ajai sedar kisah keluargannya terus menjadi perhatian.

"Namun apa yang penting, setiap orang akan bertindak menjaga keluarga," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, buat masa ini dia memberi ruang kepada Ayu dan Nourul mengambil masa bagi memulihkan keadaan yang sedang keruh.

Kata Ajai lagi, dia juga tidak mahu masuk campur atas masalah yang terjadi di antara mereka kerana enggan mengeruhkan keadaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak gadis tiba-tiba berubah sikap, Nourul Wahab mengaku wujud selisih faham... “Ya saya kecil hati”

ARTIKEL BERKAITAN: Nourul Wahab bertengkar dengan suami gara-gara isu selisih faham anak... “Dia nasihat minta saya bersabar”

"Perkara ini akan ambil masa untuk pulih sebab dua-dua ada pendirian masing-masing... Kalau boleh bendung kita cuba lakukan, tak perlu dua-dua menjadi api.

"Saya dan Ayu masih baik seperti biasa dan tentang dengan ibunya, saya tak tahu. Orang perempuan kalau berlaku masalah begini mungkin lama sikit rajuknya," ujarnya.

Kisah dua beranak ini mula menjadi perhatian apabila Nourul atau Noorulhuda Abdul Wahab, 46, memuat naik perkongsian di laman sosial memberi gambaran hubungan dia dan Ayu tidak lagi baik seperti dahulu.

Perkara ini akan ambil masa untuk pulih sebab dua-dua ada pendirian masing-masing.

AJAI

KOMPOSER/PENYANYI

Malah dalam temu bual bersama mStar, Nourul mengakui berkecil hati namun enggan mengulas punca sebenar mereka berbalah.

Dalam perkembangan lain, Ajai sekali lagi diberi kepercayaan menjadi juri bersama Mas Idayu menerusi program Famili Duo musim ketiga (FD3) yang bakal bersiaran bermula 15 Oktober ini di TV3.

Edisi kali ini, Ajai turut mengingatkan barisan peserta agar tidak mengambil mudah akan setiap tugasan mingguan yang diberikan.

ajai 3

Ajai tampil sebagai juri program Famili Duo musim ketiga.

"Semua yang tersenarai ada kekuatan mereka sendiri. Gunakan kelebihan yang ada untuk serlahkan bakat.

"Jangan anggap ini sebagai program santai untuk tontonan keluarga. Walaupun program hiburan semua peserta perlu ambil serius," jelasnya.

Enam pasangan duao yang akan bertanding adalah Shila Amzah dan Syahir Amzah (adik-beradik), Tom dan Fuad (suami isteri), Ariff Bahran dan Haqiem Rusli (sepupu), Adira dan Ema Suhaimi (adik-beradik) serta Ryan Bakery dan Adam Bakery (adik-beradik).

Manakala satu lagi pasangan duo hanya akan diumumkan pada pertandingan minggu pertama nanti.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain