suria

Zainal Abidin perbaiki diri selepas isu kahwin Fyna Jebat, terbuka terima teguran netizen

Zainal tidak mahu mengulas berkenaan kontroversi berkaitan dirinya dan Fyna.

BEKAS jurulatih bola sepak kebangsaan Datuk Zainal Abidin Hassan menerima dengan hati terbuka apabila ramai menegur dan memberi kritikan susulan isu dia berkahwin dua sebelum ini.

Zainal, 62, malah memberitahu teguran itu juga diambil bagi memperbaiki diri dalam menjadi seorang insan lebih baik pada masa depan.

"Teguran ada yang baik dan ada pula tidak baik... Yang baik Alhamdulillah kita ambil, tidak baik kita terima untuk perbaiki diri.

"Saya tidak menolak kesemuanya (teguran) tetapi bagaimana kita kendalikan untuk ke arah lebih baik," katanya menerusi temu bual bersama program Melodi pada Ahad.

Zainal  2

Zainal dan Fyna dilapor telah berpisah pada Mei 2023.

Dalam pada itu, Zainal ketika diminta mengulas mengenai penceraian dengan penyanyi Fyna Jebat bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai hal tersebut.

Zainal berkata, ketika ini fokusnya hanya kepada kariernya dan tidak mahu mencampur-adukkan dengan soal peribadi.

"Saya lebih kepada bola sepak (ketika ini). Hal peribadi adalah perkara peribadi. Saya menghormati semua pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tak pernah berdamai dengan Fyna Jebat, anak dedah Zainal Abidin dah ceraikan isteri muda

ARTIKEL BERKAITAN: Zainal Abidin sudah cerai Fyna Jebat, jumpa bekas isteri kedua selesai isu berbangkit

"Kerjaya saya bersama pasukan bola sepak. Saya akan menjalankan tugas selagi saya dikehendaki dalam arena sukan ini," katanya.

Sementara itu, Zainal meminta supaya orang ramai sentiasa mendoakannya dan Fyna.

"Kepada semua doakanlah bukan sahaja saya tetapi sesiapa sahaja. Doakan setiap insan ini mendapat kejayaan di dalam kehidupan dan karier masing-masing," ujarnya.

Zainal  4

Zainal dan isteri pertama, Zalina.

Awal Februari lalu, Fyna atau Nur Syafinaz Jebat, 30, membuat pendedahan dia sudah bergelar isteri kedua kepada Zainal namun tidak menjeaskan butiran perkahwinan mereka.

Bagaimanapun perkahwinan yang dibina itu berakhir dengan penceraian pada Mei lalu.

Zainal dan isteri pertama iaitu Datin Zalina Zaini berkahwin pada 1980 dan hasil perkahwinan selama 43 tahun itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain