PERJUANGAN dua peserta program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) iaitu Cliff Umar dan Suki Low berakhir apabila diumumkan tersingkir di minggu kedua pertandingan. Cliff dan Suki mendapat markah tercorot menerusi persembahan yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad. Cliff atau Cliff Umar Joseph, 41, menyanyikan lagu Laskar Cinta manakala Suki menyampaikan lagu Tak Ingin Usai gagal mencuri hati juri apabila berada di kedudukan paling corot berbanding 15 peserta lain. Hady Mirza mendapat markah tertinggi pada minggu kedua. Juri tetap Datuk Syafinaz Selamat berkata, nyanyian Cliff dilihat banyak mempunyai nota mendatar dan kurang memberikan warna dalam persembahannya. “Cliff awak memang peserta underdog. Penonton tak sangka pun masa awak menang GV dulu... keep fighting. “Untuk nyanyian ini, banyak nota yang mendatar. Saya rasa awak perlu warnakan nyanyian lagu ini untuk lebih menarik,” katanya. ARTIKEL BERKAITAN: "Tak suka artis, pengacara sendu tak payah tengok" - Aishah tegur netizen ‘terpaling betul’ sibuk kecam Gegar Vaganza ARTIKEL BERKAITAN: Kualiti persembahan teruk, konsert pertama All Stars Gegar Vaganza tak capai KPI - Ramli MS Manakala, juri Hetty Koes Endang pula memberikan nyanyian Suki tidak menggunakan head voice dengan baik. “Lagu ini sangat sesuai dengan warna vokal kamu. Tapi ada head voice yang boleh kamu guna tapi kamu tidak gunakan,” ujarnya. Sementara itu, penyanyi Hady Mirza mendapat markah tertinggi iaitu sebanyak 79 peratus, diikuti Jaclyn Victor (75.5) dan Azharina berada di kedudukan ketiga (74.5). Persembahan Azharina berjaya membuat penonton sebak. Dalam pada itu, Tomok diumumkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak mengikut undian penonton. ASGV dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein. ASGV boleh ditonton menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap Ahad, pukul 9 malam. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!