suria

Persembahan lagu ‘Ayah’ Azharina penonton tersentuh, Hetty Koes Endang menangis kenang arwah bapa

Azharina mendapat pujian selepas menyanyikan lagu Ayah.

PERSEMBAHAN Azharina Azhar menerusi lagu Ayah nyanyian asal Rinto Harahap berjaya membuatkan penonton di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebak kerana tersentuh dengan bait-bait disampaikan penyanyi berkenaan.

Azharina, 38, berkata, lagu berkenaan mempunyai sentimental tersendiri buatnya memandangkan dia dibesarkan oleh dua orang datuknya yang sudah dianggap sebagai bapanya sendiri.

Lebih menyedihkan penyanyi asal Sabah itu memberitahu dia turut kehilangan salah seorang datuknya yang meninggal dunia ketika dia baru berusia tujuh tahun.

Nyanyian Azharina turut menyentuh hati pengacara Nabil Ahmad yang turut tidak dapat menahan air mata kerana terkenangkan Allahyarham bapanya.

WhatsApp Image 2023-10-01 at 11.59.03 PM

Lagu Ayah ada makna tersendiri buat Azharina.

Juri tetap, Hetty Koes Endang ketika memberi komen pada persembahan Azharina turut menangis memuji nyanyian disampaikan Azharina.

Malah Hetty turut mengimbau saat dia tidak dapat bertemu bapanya untuk kali terakhir ketika itu dia menetap di Kuala Lumpur dan sedang hamil anak ketiga.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kali terakhir kita berjumpa 2016...” - Karakter Elly Mazlein berubah di All Stars Gegar Vaganza, penonton mahu Kak Lina Pom Pom kembali

ARTIKEL BERKAITAN: Jihan Muse kembali, Elly Mazlein kekal hos All Stars Gegar Vaganza bersama Nabil Ahmad

"Menyanyi untuk diri sendiri memang mudah tetapi kamu berjaya buat penonton dan juri tersentuh hati.

"Terus terang sewaktu saya hamilkan anak saya, pada malam Jumaat foto ibu bapa saya jatuh.

"Saya terus telefon dia dan dia kata dia rindukan saya... Dia mahu saya pulang ke Indonesia tapi ketika saya mahu pulang saya tidak sempat bertemu dengannya kerana dia 'pergi' terlebih dahulu," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain