suria

Zarina Zainuddin yakin anak mampu jadi suami yang baik, harap Rahmah dapat bahagiakan Azal - “Dia setia orangnya”

Zarina mengimpikan untuk melihat Azal berumah tangga.

PELAKON Zarina Zainuddin meletakkan harapan agar Muhammad Raizal Azrai atau Azal, 27, mendirikan rumah tangga selepas mendedahkan anak lelakinya itu sedang berkawan rapat dengan wanita asal Indonesia dikenali sebagai Rahmah.

Zarina, 53, berkata, sebagai ibu dia juga mempunyai impian untuk melihat anaknya itu mengecapi kebahagiaan sendiri selain percaya Azal mampu menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik.

Kata Zarina, dia juga berharap Azal menemui calon isteri yang benar-benar menyayangi anaknya dan mampu menjaganya dengan baik.

"Sebagai seorang ibu, saya juga punya harapan untuk melihat anak-anak berkahwin, rasa bahagia, ada isteri yang sayang dan menjaganya.

azal1 - 1

Azal dan Rahmah berkenalan di Singapura.

"Saya yakin Azal mampu sebab dia seorang yang bertanggungjawab... Macam mana dia jaga saya. Saya pergi mana-mana dia ikut, dia seorang yang setia.

"Saya rasa kalau dia ada isteri, dia akan jaganya dengan baik. Saya harap ada wanita yang boleh beri dia kasih sayang, boleh jaga makan minumnya," katanya.

Zarina berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita asal Indonesia tawan hati Azal, Zarina Zainuddin doa anak bertemu jodoh - "Dia pun ada perasaan"

ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Zainuddin sabar layan anak autisme, kali ini Azal lari rumah jiran stres Azil kerap mengamuk

Sebelum ini, Zarina mendedahkan sejak Azal dan Rahmah pertama kali bertemu ketika sama-sama terlibat dalam festival jualan di Singapura namun hanya mula rapat sejak bulan lalu.

Menerusi perkongsian yang dibuat di Instagram miliknya, Zarina turut berharap agar Rahmah dapat membahagiakan anak lelakinya itu.

"Semoga Rahmah dapat membimbing Azal dan membahagiakan Azal," ujarnya.

azal1 - 1

Zarina yakin Azal mampu menjadi seorang suami yang baik.

Pengikut dan rakan artis seperti penyanyi Mila Jirin, Lah Ahmad dan usahawan Datin Seri Nur Shahida turut mendoakan agar kedua-dua mereka cepat bertemu jodoh.

"Tak sabar la nak tunggu mereka berjodoh.

"Amin Ya Allah, saya gembira untuk Zarina. Semoga Allah pelihara mereka, permudahkan urusan mereka.

"Doa saya buat Azal dan calon isterinya yang cantik," tulis mereka di ruang komen hantaran berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain