BAKAL berentap di pentas Famili Duo musim ketiga (FD3) dalam keadaan diri sarat hamil lima bulan, penyanyi Tom memberitahu ia bukan satu isu besar buat dirinya. Ini kerana kata Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram, 37, berkata, sebelum ini dia pernah menyanyi hampir 30 buah lagu untuk satu malam ketika sedang sarat hamil anak ketiganya. "Saya pernah hamil dalam keadaan lebih teruk lagi... Masa itu masih status ibu tunggal dan saya kena menyanyi 25 ke 30 buah lagu di sebuah kelab malam! "Tak cukup dengan itu, saya pakai kasut tumit tinggi... Saya masih ingat pengurus suruh berhenti tapi saya tak mahu. Dua hari selepas itu saya bersalin anak ketiga. Tom pernah menyanyi di kelab malam ketika hamil sembilan bulan. "Jadi pengalaman yang ada sebelum ini saya gunakan sebaiknya. Insya-Allah saya kuat seperti dulu," katanya kepada mStar. Tom berkongsi mengenai keyakinannya itu ketika ditemui pada sidang media FD3 yang berlangsung di Putrajaya pada Sabtu. Penyanyi itu bakal bergandingan dengan suaminya sendiri iaitu Fuad Rahman menerusi program yang bakal bersiaran pada 15 Oktober ini di TV3 dan Tonton. ARTIKEL BERKAITAN: Hilang beberapa hari, Tom kongsi pengalaman disorok bunian... “Pintu rumah daripada daun, bumbung bentuk segi tiga” ARTIKEL BERKAITAN: Tom dan Fuad Rahman sah bergelar suami isteri... ada sebab pilih nikah di Batam, Indonesia Selain Tom dan Fuad, lima lagi pasangan duo yang berentap adalah Shila Amzah dan Amir Syahir (adik-beradik), Adira dan Emma Suhaimi (adik-beradik), Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (sepupu) serta Ryan Bakery dan Adam Bakery (adik-beradik). Manakala satu lagi pasangan duo akan diumumkan pada pertandingan minggu pertama FD3. Sementara itu Fuad atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, 44, memberitahu dia enggan terlalu memaksa isterinya itu dalam setiap sesi latihan atau ketika membuat persembahan nanti. Jadi pengalaman yang ada sebelum ini saya gunakan sebaiknya. Insya-Allah saya kuat seperti dulu. TOM PENYANYI "Kali ini dia (Tom) bukan seorang. Saya akan ada bersama. Memanglah dalam keadaan hamil ini, manja sikit... tapi saya yakin dia boleh buat. "Saya pun tak mahu terlalu memaksa. Dia selalu nyanyi dengan nada tinggi, jadi apabila tampil berdua ini, saya kenalah 'cover' lebih lagi ketika buat persembahan. "Saya hanya selalu ingatkan agar dia cukup tidur sahaja. Kalau dapat rehat secukupnya tak mustahil boleh beri persembahan terbaik," jelasnya. Dalam masa sama Fuad juga cukup teruja menantikan kelahiran cahaya mata mereka selepas lebih 18 tahun tidak menimang cahaya mata. Barisan peserta Famili Duo musim ketiga. "Memanglah saya teruja. Dah lama tiada anak kecil. Kami masih belum sempat buat scan jantina anak, tetapi saya terima apa sahaja apa dikurniakan Allah," katanya. Tom dan Fuad bernikah pada 23 Februari lalu di Batam, Indonesia. Untuk rekod, Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan tersebut dia mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki. Manakala Fuad pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!