suria

Tuduhan sengaja gugurkan kandungan sudah melampau, bekas isteri Hafidz Roshdi minta individu tunggu surat saman

Shuhada minta netizen tunggu surat saman darinya.

BEKAS isteri pelakon Hafidz Roshdi bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang mendakwa dia sengaja melakukan pengguguran kehamilan ketiganya sebelum ini.

Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, berkata, tuduhan tersebut sebagai melampau dan meminta individu tersebut menanti surat saman daripada pihaknya.

"Jarang rasa nak buat benda ini tapi ini sudah melampau. Saya memang akan ambil tindakan yang seterusnya dekat awak. Tunggu sampai surat saman saya.

WhatsApp Image 2023-10-01 at 10.38.28 AM

Shuhada mendedahkan ada pihak menduduhnya sengaja menggugurkan kandungan.

"Tunggu double saman dari saya dan tim Berryshape," katanya.

Shuhada berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya yang turut memaparkan komen negatif netizen yang mendakwa dia sengaja menerima tawaran menjadi duta produk sehingga berlakunya keguguran.

Dalam komen tersebut juga, individu tersebut seakan tidak senang apabila Shuhada mendapat pujian ramai apabila tubuh badannya semakin langsing selepas bercerai dengan Hafidz.

ARTIKEL BERKAITAN: Komen sindir Hafidz Roshdi ketika di Tanah Suci, netizen mula muak dengan Nurul Shuhada

ARTIKEL BERKAITAN: Air mata Shuhada mengalir lagi, kali ini gembira jadi individu bertuah tengok pintu Kaabah dibuka

"Yang penting dah tahu termengandung. Tapi boleh terima pelawaan jadi duta produk OEM (Original Equipment Manufacturer) yang tak boleh minum masa hamil.

"Buat kenyataan tak makan ubat hospital tapi jus OEM? Macam sendiri nak gugurkan bayi pula. Tapi beliau tetap dipuja makin jelita dan makin kurus. Oh men," tulis individu tersebut di salah satu ruangan komen perkongsian Shuhada.

Pada April lalu, Shuhada memaklumkan dirinya sedang hamil dan kandungan sudah memasuki usia 10 minggu semasa kemelut rumah tangganya bersama Hafidz sedang hangat diperkatakan.

Shuhadaa

Shuhada anggap tuduhan dilemparkan sebagai melampau.

Bagaimanapun, dia mengalami keguguran tidak lama selepas itu malah siasatan atas dakwaan dia sengaja menggugurkan kandungan itu dikelasifikasikan sebagai tiada kes.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 sebelum mahkamah pada 27 Julai lalu mengesahkan lafaz cerai dibuat aktor itu pada 22 Februari lalu sah.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain