suria

Achey, Fad dan Atu berpayung dalam hujan ziarah pusara Abam, peminat tumpang sedih rindu Bocey 

Fad dan Achey meluangkan masa menziarahi pusara Abam.

KUNJUNGAN tiga pelawak iaitu Achey, Fad dan Atu menziarahi kubur milik sahabat mereka iaitu Allahyarham Abam menyentuh hati peminat.

Menerusi video yang dimuat naik Fad atau Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, 33, di TikTok miliknya memaparkan dia bersama dua lagi rakannya itu menziarahi pusara Allahyarham ketika sedang hujan.

Berhimpit dalam satu payung, netizen tersentuh melihat keakraban mereka menghargai persahabatan yang terjalin meskipun Abam sudah tiada di sisi.

Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 37, turut sempat bertanya tujuan mereka datang ke tanah perkuburan tersebut dan terus menjawab untuk menziarahi sahabatnya sebelum kamera dialihkan ke arah pusara arwah.

Abam 2

Peminat turut meluahkan rasa sedih dengan perkongsian video dibuat Fad di TikTok.

"Buat apa hujan-hujan ini? Melawat sahabat. Assalamualaikum Abam. Sejuk tak Abam?," katanya.

Video berdurasi 32 saat itu juga turut memperlihatkan riak wajah ketiga-tiga sahabat itu muram seolah-olah mengimbau kembali kenangan bersama Allahyarham.

Dalam perkongsian yang lain, Fad meluahkan rasa rindu terhadap kumpulan yang pernah dibina bersama Allahyarham suatu ketika dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bocey tiada tawaran persembahan selepas Abam meninggal dunia... Fad dan Achey tunggu peluang, bakal umum anggota baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Genap 3 tahun Abam pergi, balu ‘pulang’ rumah tapi salam tidak bersahut - “Sejam dekat sini tapi tak bagi masuk”

Menerusi video tersebut juga memaparkan dia bersama Achey sempat bergurau senda dengan arwah semasa merakamkan sebuah iklan untuk program rancangan televisyen.

"Rindu Bocey," luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat persahabatan mereka yang setia meskipun Abam sudah meninggal dunia.

Mereka juga menyedari wajah-wajah ketiga-tiga pelawak itu seakan menahan sebak merindui kenangan bersama Allahyaraham.

Netizen kagum semangat setia kawan yang dimiliki rakan pelawak.

Fad, Abam dan Achey sebelum ini dikenali menerusi kumpulan Bocey.

"Fad nampak sebak, iyalah sahabat baik suka duka sama-sama. Mesti rindu Abam.

"Ini baru betul sahabat, dari hidup hingga dah tiada masih kekal bersama.

"Kalau hujan tandanya mesti Abam seronok sambil sedih lihat kawan-kawan dia datang," antara komen netizen.

Untuk rekod, pelawak Abam Bocey meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain