suria

Shila Amzah jawab hubungan dengan ND Lala, pilih adik lelaki sebagai pasangan duet dalam Famili Duo 3

Shila Amzah dan Amir Syahir bakal bergandingan dalam Famili Duo 3.

PENYANYI Shila Amzah mengambil pendekatan untuk tidak masuk campur berhubung kemelut rumah tangga ibu bapanya termasuk tidak berpihak kepada mana-mana pihak.

Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, berkata, keputusan ibu bapanya bercerai adalah pilihan mereka dan sebagai anak dia hanya mampu mendoakan kesejahteraan buat mereka berdua.

"Saya natural dan tidak berpihak kepada mana-mana. Apa yang berlaku adalah di antara mereka. Saya hanya mahu mereka gembira.

gssdf

Syahir dan Shila serasi sebagai pasangan duo.

"Kami adik-beradik pun sudah besar dan ada kehidupan masing-masing. Tak wujud isu kami nak ikut siapa selepas ibu bapa bercerai," katanya kepada mStar.

Shila berkongsi perkara itu selepas diminta mengulas mengenai hubungan dengan bapanya iaitu Datuk ND Lala selepas bercerai dengan ibunya, Fauziah Sarman pada Ogos lalu.

Dalam pada itu, Shila berkata, sebelum ini dia mengambil pendekatan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu itu kerana lebih senang memberi fokus kepada kehidupannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zaki dan Yamani Abdillah juara Famili Duo musim kedua, bawa pulang hadiah wang tunai RM100,000

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya ikhlas" - Mas Idayu akhirnya buka mulut, puji vokal Sissy Imann dan Naim Daniel terbaik di pentas akhir Famili Duo

Sebagai seorang selebriti dikenali, Shila faham kisah peribadi keluarganya akan terus menjadi perhatian dalam kalangan peminat namun perkara itu tidak menganggunya.

"Perkara yang berlaku tak pernah ganggu saya. Saya juga tidak membuat sebarang kenyataan kerana percaya perkara ini akan habis diperkatakan.

"Sekarang ini saya nak hidup tenang sahaja dan sebab itu saya kata lantaklah mereka," jelasnya.

553

Shila sentiasa mendoakan kebahagiaan buat kedua ibu bapanya.

Dalam perkembangan lain, Shila bakal bergandingan dengan adik lelakinya iaitu Amir Syahir, 28, menerusi program Famili Duo musim ketiga yang bakal menemui penonton bermula 15 Oktober ini.

Shila berkata, dia memilih Syahir sebagai pasangan duo berbanding adik-beradik yang lain kerana hubungan mereka lebih akrab selain serasi dan senang berkomunikasi.

"Sebenarnya dalam adik-beradik kami yang tak ambil kisah sangat fasal ibu bapa. Saya pun senang berkomunikasi dengan Syahir.

"Ini pentas pertama dia masuk bertanding... Banyak perlu dia belajar. Selain menjadi pasangan duet, saya juga kena jadi mentor dia," ujarnya.

FD3583

Shila akan menjadi mentor kepada adiknya.

Selain Shila dan Syahir, empat lagi pasangan duo yang bakal berentap pada musim ini adalah Adira dan Emma Suhaimi (adik-beradik), Fuad Rahman dan Tom (suami isteri), Ryan Bakery dan Adam Bakery (adik-beradik) serta Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (sepupu).

Bagaimanapun satu lagi pasangan duo hanya akan diumumkan pada minggu pertama pertandingan itu nanti.

Program lapan episod ini bakal menampilkan selebriti serba boleh iaitu Janna Nick dan Izzue Islam sebagai hos program manakala Ajai dan Mas Idayu sebagai juri tetap.

Famili Duo 3 bakal menemui penonton setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan Tonton.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain