suria

Rancak menari di All Stars Gegar Vaganza, seluar Aishah koyak dekat celah kelengkang sebelum naik pentas

Seluar Aishah koyak sebelum naik ke atas pentas.

PENYANYI Datuk Aishah berdepan detik cemas apabila seluar yang dipakai ketika melakukan persembahan di pentas minggu kedua All Stars Gegar Vaganza pada malam Ahad terkoyak.

Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 58, berkata, lebih malang apabila seluarnya itu terkoyak di bahagian celah kelengkang beberapa minit sebelum gilirannya mengadakan persembahan.

"Baju untuk persembahan ini bukan semua yang selesa, dah pakai cantik-cantik, tak boleh lasak-lasak.

"Malam tadi kru dah panggil suruh bersedia, sekali saya perasan seluar koyak betul-betul di celah kelengkang," katanya.

ASTRO_4511

Aishah semasa persembahan minggu kedua All Star Gegar Vaganza.

Aishah berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya pada pagi Isnin yang turut memaparkan pakaian yang dikenakan pada malam tersebut.

Disebabkan kejadian itu, Aishah memaklumkan penata gayanya terpaksa menjahit bahagian yang terkoyak dalam masa beberapa minit sebelum gilirannya mengadakan persembahan.

Namun kata Aishah, semua dalam keadaan terkawal dan bersyukur mempunyai pasukan yang sentiasa bersedia bagi memastikan penampilannya dalam keadaan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu masuk GV4 ‘lone ranger’... Sekarang tudung Aishah pun ada pembantu tolong lilitkan

ARTIKEL BERKAITAN: “Sekarang maintain saiz S”... Berat badan Aishah turun 52 kilogram selepas 5 tahun buat pembedahan bariatrik

"Bahan baju saya itu lace, memang halus... Ambik kau terpaksa jahit celah kelengkang saya itu sambil berdiri.

"Tapi awak kena terima sahaja benda-benda macam ini akan berlaku dan cuba jangan panik. Alhamdulillah selesai sahaja menjahit, terus ke belakang pentas untuk bersedia," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan pendedahan tersebut.

Aishah

Aishah pasrah seluar dijahit semasa berdiri.

Malah mereka juga memuji persembahan penyanyi berkenaan yang dikatakan begitu menghiburkan.

"Nasib baik dia koyak sebelum naik pentas. Tapi macam tak ada tempat lain dia nak koyak.

"Datuk cantik sangat semalam. Persembahan pun seronok... menarik tak ingat dunia Datuk," antara komen netizen.

Pada minggu kedua All Stars Gegar Vaganza, Aishah tampil menyanyikan lagu Flashdance What A Feeling oleh Irene Cara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain