suria

Demi kelangsungan hidup keluarga, Ammar Titan tukar kerjaya sebagai ejen insurans... “Saya hanya cari rezeki”

Ammar terus mencari rezeki dengan bekerja sendiri.

MEMIKIRKAN tanggungjawab sebagai suami dan bapa yang digalas, pelawak Ammar Titan mengambil keputusan menjadi ejen insurans sepenuh masa demi meneruskan kelangsungan hidup keluarga.

Ammar atau Azizul Ammar, 36, berkata selagi dikurniakan kesempurnaan tubuh badan, dia akan sedaya upaya mencari rezeki bagi menampung kehidupan seharian mereka.

"Saya sekarang menjadi ejen insurans sepenuh masa untuk kelangsungan hidup. Saya sedar tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada dua orang anak.

"Walaupun ini merupakan bidang baru untuk saya, tetapi saya fikir kenapa saya mahu menangguhkan masa untuk mencari rezeki... orang yang kurang upaya pun boleh bekerja.

ammar2 - 1

Ammar mencari rezeki bukan hanya dalam bidang seni.

"Jadi apa alasan saya untuk tidak bekerja? Walaupun orang kata apa jadi ejen insurans tapi saya tak kacau orang, saya hanya mencari rezeki," katanya kepada mStar.

Ammar berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Teater Bangsawan Dang Anum yang diadakan On Stage Productions Cheras Kuala Lumpur pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Ammar Titan seronok berniaga di bazar Ramadan, puas hati pelanggan puji makanan sedap

ARTIKEL BERKAITAN: Bangun pagi 'workout' vokal dulu, Ammar Titan cabar diri sertai program nyanyian... Bersedia kecaman netizen

Dalam pada itu, Ammar mendedahkan dirinya sudah kurang menerima tawaran berlakon dan kali terakhir beraksi di televisyen adalah sebelum Ramadan lalu.

Tamnbah Ammar, dia tidak cemburu melihat rakan seangkatannya yang berjaya mengekalkan diri dalam industri hiburan, sebaliknya percaya dengan setiap rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.

Saya sekarang menjadi ejen insurans sepenuh masa untuk kelangsungan hidup.

AMMAR TITAN

PELAWAK

"Kalau nak kata dari segi tawaran berlakon mungkin berkurangan. Saya percaya dalam bidang seni ini adalah industri bisnes.

"Saya tidak cemburu melihat kejayaan rakan artis lain malah saya lebih suka menjadi orang yang bangga melihat kejayaan mereka.

"Mungkin itu rezeki mereka, masa (rezeki) saya mungkin dilambatkan sedikit... kadang-kadang dalam satu pertandingan bukan sebab kita kalah tetapi Allah melambatkan kemenangan kita," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ammar bakal membintangi pementasan teater bangsawan Dang Anum yang akan dipentaskan di Auditorium Bahagian Sektor Teknologi Pendidikan KPM, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Oktober ini.

ammar1 - 1

Barisan tenaga kerja Teater Bangsawan Dang Anum.

Kata Ammar, dia teruja untuk beraksi semula di pentas teater selepas kali terakhir muncul dalam teater muzikal Terima Kasih Cinta 12 tahun lalu.

"Saya sudah lama teringin untuk berlakon teater bangsawan. Kali terakhir saya berlakon teater pada 2011.

"Alhamdulillah saya sudah ada pengalaman berlakon teater dan bekerja pula dengan tenaga-tenaga produksi berpengalaman, insyaAllah saya mengharapkan yang terbaik buat pementasan itu nanti," katanya.

Tiket pementasan Teater Bangsawan Dang Anum dijualdengan harga RM10 dan kutipan akan disumbangkan kepada pelajar-pelajar asnaf di sekolah terpilih.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain