suria

Respek! Dalam sibuk urus keluarga dan bisnes Tya Ariffin berjaya tamat pengajian universiti

Tya meluahkan rasa syukur berjaya tamatkan pengajian.

SIBUK menguruskan rumah tangga dan perniagaan sama sekali tidak menghalang pelakon dan usahawan, Tya Ariffin menamatkan pengajiannya di universiti.

Tya atau Nurtria Wulandari, 29, memberitahu dia berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan di sebuah universiti swasta dan akan bergraduasi tidak lama lagi.

Kata Tya, selepas tamat sekolah menengah dia tidak menyambung pengajian kerana memilih untuk bekerja terlebih dahulu.

tya arifin 1

Impian Tya untuk menamatkan pengajian tercapai.

"Salah satu impian (saya) untuk sambung belajar dari tahun lepas. Sedikit lagi tercapai (untuk graduasi).

"Selepas Tya selesai sekolah menengah, sebenarnya Tya harus kuliah (belajar) tapi ketika itu Tya tunda kerana pilih untuk ambil peluang yang lain iaitu berhijrah ke Jakarta untuk bekerja.

"Situasi ketika itu, ibu bapa Tya boleh membiayai kuliah, tapi Tya fikir peluang yang Tya buat (kerja) saat itu mungkin akan meringankan keluarga," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular video atas katil... Tya Ariffin dakwa ada pihak sebar sebelum dilancarkan, minta netizen tonton versi penuh

ARTIKEL BERKAITAN: “Bercakap jangan pendam”... Tya Arifin kongsi tip rumah tangga, jangan harap dapat pasangan sempurna

Tya berkongsi berita gembira itu melalui satu hantaran di laman Instagram pada Khamis.

Seronok melihat rakan-rakan menamatkan pengajian, Tya bagaimanapun berkata dia tidak pernah menyesal dengan keputusannya untuk bekerja.

"Perasaan lihat kawan-kawan yang sudah graduasi sangat seronok ya.

tya ariffin 2

Tya bijak membahagikan masa belajar dan menguruskan keluarga.

"Tapi Tya gembira dengan keputusan yang Tya buat saat itu, dan sampailah berkahwin dan dah ada anak dua.

"Dan terfikir lagi, memang selepas kawin, Tya memang set untuk penuhi impian, harus sambung belajar," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain