suria

2 tahun pulang ke Sarawak, Rashid Salleh kesan ramai bakat dari luar bandar tapi tiada pendedahan

Rashid mengakui di Sarawak mempunyai bakat-bakat luar biasa.

PELAKON Rashid Salleh mendedahkan kurang pendedahan menjadi antara faktor bakat-bakat dari luar bandar sukar mendapat tempat perhatian ramai.

Rashid, 51, berkata, di Sarawak khususnya mempunyai bakat-bakat luar biasa dalam bidang seni termasuk teater dan tarian tradisional.

Bagaimanapun, disebabkan tidak pandai untuk mewujudkan media sosial, penggiat seni di negeri Bumi Kenyalang itu sukar untuk mendapatkan peluang terjun ke arus perdana.

Rashid

Rashid mahu berkongsi ilmu dengan penggiat seni di Sarawak.

"Kalau dilihat semula terutamanya pelakon-pelakon otai teater di Sarawak, mereka tidak pandai untuk mewujudkan media sosial.

"Disebabkan itu mereka kurang mendapat pendedahan dan bakat mereka tidak diketahui ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Rashid Salleh presiden baharu MMA

ARTIKEL BERKAITAN: Komen 'uga uga' di IG Yonnyboii disangka sindir budaya Sarawak... Zynakal mohon maaf - "Saya tak tahu fasal isu pakaian Iban tengah panas"

"Apabila saya nampak bakat mereka dan bertanya kenapa tidak mengambil peluang di luar sana... mereka tidak diberi peluang kerana orang tidak tahu bakat yang mereka ada," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, aktor berkenaan turut memberitahu selama dua tahun mendiamkan diri dalam dunia lakonan dia mengambil inisiatif untuk pulang ke kampung halamannya di Sarawak bagi berkongsi pengalaman dan mencari bakat baharu untuk digilap.

Sudah hampir tiga dekad saya dalam industri ini. Saya mahu berkongsi pengalaman dan ilmu dengan bakat-bakat yang ada di Sarawak.

RASHID SALLEH

PELAKON

Kata Rashid, selama hampir tiga dekad berkecimpung dalam industri seni, kini tiba masanya untuk dia memberi khidmat untuk membantu membangunkan bakat-bakat terpendam yang ada dalam masyarakat Sarawak.

"Ramai yang tanya kenapa saya tidak berlakon... bukan sebab saya tidak mahu tetapi saya mahu cari bakat dan beri peluang kepada pelakon di Sarawak untuk mereka masuk dalam industri seni.

"Saya orang Sarawak... saya sudah pulang ke sana dua tahun lepas bukan sahaja untuk mencari rezeki tetapi untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan yang saya ada sepanjang bergiat dalam dunia seni.

rashid1 - 1

Rashid bersama pelakon Datuk Rahim Razali.

"Sudah hampir tiga dekad saya dalam industri ini. Sebenarnya di Sabah dan Sarawak ada ramai individu berbakat tetapi tidak ada pengalaman dan pendedahan," ujarnya.

Untuk rekod, Rashid pernah membintangi beberapa filem popular termasuk Waris Jari Hantu dan Sangkar.

Terbaharu, Rashid juga turut tampil membintangi filem Fanna yang ditayangkan di pawagam pada 28 September lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain