suria

“Saya panggil tapi dia tak menyahut”... Feeya Iskandar jawab tuduhan abai anak, sengaja tinggal dalam tandas mall

Cik Piah nafi dakwaan mengabaikan anak dengan sengaja.

DITUDUH sengaja meninggalkan anak di tandas sebuah pusat membeli belah terkenal, penyampai radio Suria FM iaitu Feeya Iskandar atau lebih mesra disapa Cik Piah tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku terhadap cahaya mata sulungnya itu.

Menurut Feeya atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan, 34, insiden Adam Malique tertinggal di tandas itu berlaku secara tidak sengaja disebabkan salah faham.

Cik Piah 2

Adam menangis ditinggalkan Cik Piah di tandas pusat beli belah.

"Bukan sengaja nak tinggalkan anak tetapi waktu itu saya bawa anak ketiga untuk mandi dan tukarkan lampin dia.

"Adam pula pergi ke tandas lelaki... dia memang dah biasa pergi tandas sendiri. Saya dah pesan, tunggu saya dekat depan tandas.

"Selepas selesai, saya panggil Adam dan dia tidak menyahut. Saya ingatkan dia sudah pergi ke kereta. Iyelah, takkan saya nak masuk tandas lelaki, takut ada orang lain pula dalam itu," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Cik Piah dijangkiti Influenza A, pilih masuk wad bimbang virus sebar pada suami

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita meratap bersalin seorang diri, suami ‘MIA’ tanpa berita... Paling sedih anak tak diazankan bapa kandung

Feeya menjelaskan salah faham itu ketika ditemui semasa sidang media SuriaVolusi di Uno Cafe & Bistro, Kuala Lumpur pada Isnin.

Mengakui tak senang duduk memikirkan mengenai kehilangan anaknya ketika itu, Feeya mengambil pengajaran atas apa berlaku dan akan lebih berhati-hati supaya kejadian sama tidak berulang lagi.

"Selepas kejadian, kami (Cik Piah dan suami) akan pastikan anak mesti depan mata. Tidak boleh berada di belakang.

Cik Piah 3

Cik Piah bersama suami dan anak-anak.

"Saya ambil yang baik (daripada komen netizen). Kita jadikan benda ini pengajaran. Cik Piah akui kesilapan ini," ujarnya.

Pada 20 September lalu, Feeya memuat naik satu hantaran video di Instagram memperlihatkan Adam sedang menangis apabila tertinggal di dalam tandas sebuah pusat membeli belah terkenal.

Momen mencemaskan itu bagaimanapun reda apabila menantu kepada pelakon dan pelawak, Sharifah Shahirah berjaya menemui Adam dan membawanya kepada Feeya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain