PELAKON Hun Haqeem selamat menjalani pembedahan pada bahagian lutut akibat kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) yang dialami selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama W: Two Worlds beberapa bulan lalu. Pembedahan dijalankan pada Selasa di Hospital Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia Kuala Lumpur dan dia dijangka dibenarkan pulang selepas menjalani pemeriksaan pada Rabu. Menurut Hun atau Haqeem Hermy, 25, kakinya masih belum boleh dapat bergerak dengan baik namun masih dapat tidur lena selepas selesai pembedahan. "Syukur semuanya berjalan lancar. Saya mungkin dibenarkan pulang hari ini (Rabu) selepas doktor melakukan pemerikasaan. Hun mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran drama W: Two Worlds. "Semalam dapat tidur dengan baik. Cuma masalah tak boleh nak pusing-pusing (kaki). Semuanya baik sahaja," katanya ketika dihubungi mStar. Hun turut berkongsi perkembangan dirinya itu menerusi beberapa video yang dibuat naik di Instastory pada pagi Rabu. Tambah Hun dia juga akan mengambil masa rehat dari dunia lakonan agar kecederaan itu dapat sembuh sepenuhnya. ARTIKEL BERKAITAN: Tak mainlah cucuk... Hun Haqeem segan dipuji makin ‘elok’ - “Alhamdulillah belum lagi” ARTIKEL BERKAITAN: Hun Haqeem dedah punca nampak kurus, hilang 10 kilogram demi drama adaptasi W: Two Worlds "Kata doktor tempoh matang mungkin enam bulan tetapi ambil masa empat minggu untuk saya boleh berjalan secara normal. "Jadi saya memang buat keputusan untuk berehat sekejap. Mungkin awal tahun 2024 baru saya akan kembali berlakon. "Semua komitmen kerja pun sudah diselesaikan sebelum jalani pembedahan. Jadi sekarang fokus untuk rawatan fisioterapi," ujarnya. Hun berehat daripada dunia lakonan bagi memberi fokus kepada pemulihan selepas pembedahan. Aktor ini turut juga memberitahu rakannya iaitu pelakon Hairul Azreen turut membantu berkongsi tip kerana dia juga pernah menjalani pembedahan sama sebelum ini. "Terima kasih kepada Hairul yang hantar video tutorial beritahu apa yang perlu buat selepas pembedahan. "Bersyukur ada sahabat seperti dia," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!