SUSULAN kontroversi menyelubungi penggambaran filem prekuel Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, pelakon Beto Kusyairy menasihatkan bintang muda Nadhir Nasar tidak terburu-buru bertindak meninggalkan produksi berkenaan. Beto atau Nur Kusyairy Zakuan Osman, 43, berkata, dia tidak mahu melihat pelakon berbakat besar itu meninggalkan rekod buruk dalam kariernya jika membuat keputusan mengundurkan diri. "Nadhir juga terlibat dalam filem itu dan saya beritahu padanya supaya habiskan kerja... Jangan tinggalkan rekod kerja tidak habis. Beto enggan campur tangan isu membabitkan produksi Mat Kilau. "Selagi belum dibuang, selesaikan semua kerja," katanya kepada mStar. Bercakap lanjut mengenai kontroversi filem itu, Beto berkata, sebagai rakan industri dia kecewa dengan isu yang hangat diperkatakan kerana ia sedikit sebanyak merosakkan naskhah itu sendiri. Bagaimanapun katanya, dia tidak mempunyai hak masuk campur atau mengulas mengenai isu tersebut kerana tidak mengetahui punca sebenar permasalahan yang berlaku. ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah murung tiga hari, nama tiba-tiba kena gugur arah filem produksi Mat Kilau ARTIKEL BERKAITAN: Nadhir Nasar tidak patah semangat MV ‘Malampagi’ dikritik berunsur lucah... “Kalau tak ikut Barat macam mana nak dapat kualiti Netflix” "Saya sedih sebab perkara ini berlaku dalam kalangan rakan-rakan... Saya hanya mampu mendoakan yang terbaik buat mereka. "Saya tidak tahu masalah apa yang berlaku dan malas hendak ambil tahu... Saya tak mahu tambah 'minyak', lantaklah," katanya. Sebelum ini, pengarah filem tersebut Areel Abu Bakar mendakwa dia digugurkan secara tiba-tiba daripada pembikinan filem terbitan Studio Kembara itu. Saya tidak tahu masalah apa yang berlaku dan malas hendak ambil tahu... Saya tak mahu tambah 'minyak' BETO KUSYAIRY PELAKON Areel meluahkan rasa kecewa apabila perkhidmatannya ditamatkan sedangkan penggambaran sudah hampir 90 peratus siap. Sementara itu, Beto berharap Studio Kembara bersikap telus mengenai isu yang berlaku kerana kontroversi tersebut boleh mendatangkan perkara negatif terhadap filem berkenaan. Areel mendedahkan dia tidak lagi terlibat dalam sebuah filem terbitan Studio Kembara. "Kita tidak tahu dipihak mereka (Studio Kembara) mungkin ada masalah dibelakang tabir dan kita perlu berlaku adil sebab mungkin mereka ada jawapan tersendiri. "Dalam hal ini mereka perlu telus supaya setiap orang dapat penjelasan sebab apabila berlaku perkara begini, orang ramai akan pandang negatif terhadap produksi itu, " jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!