suria

Tahniah! Tiger Stripes wakili Malaysia di Oscars ke-96

Tiger Stripes wakili Malaysia di Oscars ke-96.

FILEM Tiger Stripes arahan pengarah muda Amanda Nell Eu berjaya mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik di Anugerah Akademi ke-96 pada Mac tahun depan.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, pemilihan dan penilaian filem itu dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Filem (JKPF) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Fahmi berharap dengan pencalonan ini dapat menyuntik semangat penggiat seni bagi menerbitkan filem yang bertaraf global.

tiger - 1

Amanda (dua dari kiri) bersama pelakon Tiger Stripes.

“Semoga perkembangan ini menjadi penyuntik semangat kepada semua penggiat filem untuk terus mendukung misi kerajaan dalam usaha memperkasakan industri perfileman negara di peringkat global.

“Pada masa yang sama saya berharap usaha ini akan meningkatkan potensi penjenamaan serta pengantarabangsaan produk filem dan bakal kreatif negara yang berkualiti,” katanya.

Pada Mei lalu, Tiger Stripes mencipta sejarah menjadi filem Malaysia pertama memenangi hadiah utama Minggu Kritik Antarabangsa Cannes ke-62.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! ‘Tiger Stripes’ catat sejarah filem Malaysia pertama menang anugerah di Cannes

ARTIKEL BERKAITAN: Produksi dakwa filem ‘Anwar: The Untold Story’ disabotaj, ramai mengadu tiada slot tayangan di pawagam

Filem pertama arahan Amanda itu diangkat sebagai pemenang dan membawa wang tunai sebanyak RM42,602.

Tiger Stripes mengisahkan tentang seorang gadis berusia 12 tahun yang tidak akan dapat memahami apa yang berlaku dengan tubuhnya selepa akil baligh.

Filem ini turut dibintangi Zafreen Zairizal, Deena Ezral dan Piqa serta pelakon terkenal Shaheizy Sam dan Fatimah Abu Bakar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain