LAMA tidak muncul dalam mana-mana drama atau filem, pelakon Zizan Nin memberitahu dia tidak memberi kata putus untuk meninggalkan bidang tersebut. Sebaliknya kata Zizan atau Azizan Nin, 50, dia kini lebih memberi tumpuan kepada kerja di belakang tabir termasuk tugas sebagai pengarah. "Saya tidak pernah umum nak bersara sebagai pelakon cuma komitmen kerja sekarang membuatkan saya jarang menerima tawaran. Kerja di belakang tabir memerlukan masa dan fokus. Zizan amalkan gaya hidup sihat. "Jika ada tawaran yang bersesuaian dengan masa saya akan terima. Saya tidak boleh ambil tawaran yang memerlukan saya berada di lokasi selama seminggu," katanya kepada mStar. Zizan ditemui ketika majlis pelancaran lagu berjudul Tiga Rasa yang menjadi OST filem pertama arahannya iaitu Sazali Meor Coco #Tetiber U-Tuber. Dalam masa sama, Zizan turut berkongsi dia kini lebih banyak melakukan aktiviti senaman selepas mendapat nasihat doktor akibat tahap kolesterol tinggi. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bukan lelaki jahat” - Shah Radhy masih terkenang peristiwa hitam, tukar nama selepas bebas tuduhan pikat isteri orang ARTIKEL BERKAITAN: Nadhir Nasar bintang muda berbakat besar, Beto Kusyairy nasihat usah bertindak melulu - “Jangan tinggal rekod kerja tak habis” Malah dia juga berjaya menurunkan berat badan lebih daripada 10 kilogram sejak mengamalkan gaya hidup sihat kira-kira setahun lalu. "Syukur saya tidak ada sebarang masalah kesihatan lain meskipun usia semakin meningkat. Cuma daripada pemeriksaan doktor, tahap kolestrol saya agak tinggi. Saya tidak pernah umum nak bersara sebagai pelakon ZIZAN NIN PELAKON "Sebab itu saya selalu bersenam dan amalkan diet. Berat badan pun sudah mula turun. Kalau dahulu 72 kilogram tetapi kini sekitar 61 hingga 62 kilogram," ujarnya. Sementara itu bercakap tentang filem pertama arahannya itu, Zizan berani mempertaruhkan pelakon muda iaitu Iman Zulkarnain, Shah Radhy dan Syazani Zikry sebagai tiga gandingan watak utama. Zizan bersama barisan pelakon Sazali Meor Coco #Tetiber U-Tuber. Baginya penonton masa kini cukup arif untuk menilai sesebuah karya tanpa hanya melihat barisan pelakon yang memiliki wajah komersial atau popular. "Saya tidak mahu letakkan pelakon yang sudah biasa ditonton. Rasanya penonton juga sekarang ini lebih melihat kepada jalan cerita sesebuah filem. "Mereka yang dipilih ini melalui proses ujibakat dan saya yakin mereka ada kekuatan tersendiri," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!