PENYANYI Tom berkongsi khabar gembira memaklumkan dirinya bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi. Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikhram, 37, meluahkan rasa syukur apabila impian untuk memiliki anak perempuan akhirnya tercapai. "Ya Allah Syukur Ya Allah. 90 peratus imbasan anak perempuan. Terima kasih Ya Allah. Akhirnya dapat juga merasa anak perempuan," katanya. Tom dan Fuad gembira bakal timang cahaya mata perempuan. Dia yang sarat hamil lima bulan berkongsi khabar itu menerusi Instastory miliknya yang turut memaparkan dirinya memegang gambar imbasan bayi di tangannya. Menerusi video tersebut, Tom dilihat mengalirkan air mata sambil memeluk suaminya, Fuad Rahman dan dua orang anaknya di sisi. Dalam perkongsian yang lain pula, Tom turut meluahkan rasa gementar menanti keputusan imbasan jantina tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Pernah menyanyi 30 buah lagu dua hari sebelum bersalin, bertanding di Famili Duo bukan isu buat Tom ARTIKEL BERKAITAN: Hilang beberapa hari, Tom kongsi pengalaman disorok bunian... “Pintu rumah daripada daun, bumbung bentuk segi tiga” Katanya ini merupakan peluang terakhir untuknya memiliki cahaya mata perempuan namun tidak meletakkan harapan tinggi terhadap jantina anaknya. "Gementar sangat-sangat. Dah ada tiga anak lelaki... adakah aku dapat merasa nak ada anak perempuan dalam hidup aku? "Ini anak terakhir tapi apa pun aku terima walaupun ditakdirkan anak lelaki lagi," kongsinya. Tom dan Fuad bertemu kembali di Gegar Vaganza musim kesembilan. Untuk rekod, Tom dan Fuad bernikah pada 23 Februari lalu di Batam, Indonesia. Namun sebelum itu Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan tersebut dia mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki. Manakala Fuad pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!