suria

“Merangkaklah kau cari aku nanti” - Liza Hanim bengang anak-anak pula jadi mangsa hinaan

Liza tidak akan maafkan netizen yang mengata anaknya.

SELEPAS dirinya dihina netizen, kali ini penyanyi Liza Hanim meluahkan rasa kesal apabila anak-anaknya turut menjadi mangsa kritikan.

Bengang dengan perkara itu, Liza atau Haliza Hanim Abdul Halim, 44, meminta individu berkenaan tidak menganggu anak-anaknya.

Malah dia juga memberitahu tidak akan memaafkan perbuatan individu berkenaan kerana dianggap keterlaluan.

Liza

Liza (tengah) bersama dua orang anak gadisnya.

"Ngata aku sorang saja sudah. Tak payah kacau anak-anak aku.

"Aku tak maafkan! Merangkaklah kau cari aku nanti," katanya.

Liza berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada malam Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Liza Hanim bersuara dikutuk tak cantik, tak goyang kena hina - “Bahasa itu lagi penting dari paras rupa”

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen serang peribadi orang lain ada masalah adab, Liza Hanim bimbang jadi kebiasaan

Sebelum ini, penyanyi terkenal dengan lagu Siapa Sangka Siapa Menduga itu pernah meluahkan rasa kesal apabila ada individu mempertikaikan rupa parasnya yang dikatakan tidak cantik.

Meskipun komen itu keterlaluan, Liza berkata perkara itu sama sekali tidak menjatuhkan semangatnya.

Dia juga menganggap kritikan sedemikian bagaikan sudah biasa sepanjang 26 tahun bergelar anak seni.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain