suria

Gabungan artis popular 3 negara! Konsert Galau Singapura janjikan seleksi lagu ‘healing’ untuk peminat

Judika dan Ariel bakal membawakan lagu-lagu popular mereka.

MENAMPILKAN 10 artis daripada tiga buah negara... Konsert Galau Singapura pastinya menjanjikan kelainan buat penonton yang bakal hadir pada 9 dan 16 Disember depan.

Ini kerana mereka yang bakal membuat persembahan juga merupakan pilihan peminat menerusi undian yang dibuat oleh pihak penganjur iaitu Sah Entertaiment.

Pengarah Urusan Sah Entertainment, Sufi Rashid yang juga merupakan seorang penyanyi asal Singapura memberitahu penonton bakal menikmati malam konsert tersebut dengan lagu-lagu popular penyanyi terlibat.

sufi 1

Sufi selaku penganjur janjikan persembahan terbaik buat peminat.

"Konsert seperti ini adalah yang pertama kali di Singapura dengan menampilkan 10 artis dari Malaysia, Indonesia dan Singapura sendiri.

"Pihak kami komited untuk pastikan lagu-lagu yang disampaikan nanti menghiburan peminat menerusi seleksi galau mereka.

"Semua artis yang terlibat bukan sahaja dipilih oleh penganjur. Kami turut menubuhkan komuniti khas selain melakukan undian awam," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Radja trauma insiden ugut bunuh penganjur konsert, bukan penghalang hibur peminat di Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Suria FM tak pilih bulu... Konsert SuriaVolusi bukan sahaja tampilkan penyanyi popular, bantu angkat bakat baharu

Konsert tersebut bakal berlangsung di Singapore Expo dan menampikan penyanyi Taufik Batisah mewakili negara berkenaan.

Sementara itu, penyanyi Indonesia yang bakal membuat persembahan adalah Judika, Cakra Khan, kumpulan Setia Band, ST12, D'Masiv dan Kangen Band.

Manakala kumpulan Imsomniacks pula menjadi artis dari Malaysia yang dipilih untuk membuat persembahan.

insomniacks 1

Insomniacks juga bakal tampil membuat persembahan.

"Konsert sebegini jarang diadakan di Singapura, jadi saya ambil inisiatif untuk berikan kepada mereka acara hiburan dengan konsep berbeza.

"Kiranya tidak perlulah mereka terbang ke negara jiran semata-mata untuk menonton persembahan artis kesayangan mereka," ujarnya.

Konsert ini mensasarkan jumlah penonton seramai 10,000 untuk satu malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain