suria

Bapa Norman Hakim meninggal dunia pada usia 90 tahun

Norman memaklumkan berita duka itu di Instagram miliknya.

BAPA kepada pelakon Norman Hakim iaitu Zaidon Abdul Rahim dilaporkan meninggal dunia di kediamannya terletak di Kuantan Pahang kira-kira pukul 8.30 malam, Jumaat.

Berita sedih itu dimaklumkan sendiri oleh Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon, 47, menerusi Instagram miliknya.

Dalam perkongsiannya itu Norman bagaimanapun tidak menyatakan punca kematian lelaki berusia 90 tahun itu.

norman1 - 1

Norman dan keluarga sewaktu menziarahi bapanya yang sedang sakit.

"Assalamualaikum. Dengan rasa dukacita dimaklumkan bahawa ayah saya Haji Zaidon Abdul Rahim telah kembali ke Rahmatullah pada Jumaat," tulisnya.

Bersama kapsyen tersebut, Norman turut memuat naik foto hitam putih arwah bapanya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Yang salah tetap salah" - Norman Hakim diam sebab selesai masalah secara tertutup, ambil iktibar kontroversi anak

ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi dah tak marah Norman Hakim cuma masih geram... Meriah sambut birthday bersama keluarga besar

Dalam pada itu, Norman turut memanjatkan doa memohon agar Allah SWT mengampuni dosa-dosa Allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

"Semoga Allah mengampuni dosa-dosa ayah, merahmatinya, memuliakan kematiannya, melapangkan kuburnya dan ditempatkan ayah dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh," ujarnya.

Sejak tahun lalu, Norman sering berkongsi perkembangan kesihatan bapanya yang kurang baik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain