suria

“Kalau letak rate sebenar tak mampu mereka” - Fasha Sandha tidak berkira soal bayaran, setuju tawaran filem bajet rendah

Minat Fasha terhadap lakonan begitu mendalam.

TEMPOH 18 tahun bergelar anak seni tidak membuatkan pelakon Fasha Sandha meninggi diri untuk memilih sebarang tawaran lakonan yang diterima.

Kata Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, bidang lakonan adalah minatnya dan bukan semua perkara yang dilakukannya kerana wang ringgit semata-mata.

Berpegang kepada prinsip itu, Fasha memberitahu dia tidak menolak untuk bekerja dengan pengarah Haizul Anafer Ali dalam filem Cerana Biduk Bu Merah biarpun hanya dibayar dengan kadar rendah.

fasha1 - 1

Fasha sebagai pelakon utama Cerana Biduk Bu Merah.

"Hazrul ni dah lama dalam industri, dia cakap minta tolong tu sebab filem ini bajetnya tidak besar... jadi saya tidak boleh caj dengan rate saya.

"Ada perkara yang kita buat kerana duit tetapi ada juga perkara yang kita lakukan kerana minat iaitu cinta kita pada bidang lakonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit bukan alasan Fasha Sandha tangguh penggambaran, masih fikir gaji kru produksi... "Saya tak mahu sekat rezeki orang"

ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk macam mana pun Fasha Sandha tetap jaga perut suami... "Saya tak pernah abai bab makan"

"Filem ini boleh dikategorikan sebagai filem bajet rendah dan saya lakukan ini adalah kerana minat saya dalam lakonan," katanya kepada mStar.

Fasha berkongsi perkara itu ketika ditemui di tayangan perdana filem Cerana Biduk Bu Merah yang diadakan di TGV Aeon AU 2 Keramat, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

Ada perkara yang kita buat kerana duit tetapi ada juga perkara yang kita lakukan kerana minat.

FASHA SANDHA

PELAKON

Diminta mengulas mengenai segelintir pelakon yang enggan menerima tawaran sekiranya tidak menepati kadar bayaran mereka, Fasha berkata perkara itu subjektif dan terpulang kepada individu.

Baginya, selain soal bayaran dia juga mengambil kira perkara lain termasuk pengalaman bekerja dengan orang lama dalam industri.

"Saya bukan artis seperti itu... banyak perkara yang saya ambil kira seperti pengalaman bekerja dengan orang lama jadi sebab itu saya tidak berkira.

"Bayaran ini sebenarnya sangat subjektif. Setiap artis akan menjaga rate masing-masing. Kalau kita bekerja kena ikut bajet penerbit tersebut.

"Mereka ini hanya ingin berkarya tetapi nak berkarya harus menggunakan bajet jadi saya faham perkara itu... kalau saya letak rate sebenar memang tak mampulah mereka nak bayar," ujarnya.

fasha2 - 1

Fasha mencintai kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Cerana Biduk Bu Merah mengisahkan tentang seorang wanita tua iaitu Bu Merah (lakonan Fasha) dipinggirkan orang kampung di sebuah rumah pusaka.

Saka Cerana Biduk tinggalan suami menyebabkan Bu Merah hidup terseksa.

Selain Fasha, filem ini turut dibintangi pelakon popular termasuk Pekin Ibrahim, Wan Hanafi Su dan Barul Muhayat.

Cerana Biduk Bu Merah bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 12 Oktober ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain