HAMPIR seminggu pemergian suami tercinta, pelakon Datin Seri Noniswara berkongsi antara hajat dan impian Allahyarham Datuk Seri Dr. Sheikh Nordin Sheikh Ahmad yang tidak kesampaian semasa hayatnya.Kata Nonis atau Noniswara Baharuddin, banyak impian arwah antaranya ingin memajukan kampung halamannya yang terletak di Kuala Krau, Temerloh, Pahang. "Hajat dia banyak... dia mahu majukan kampungnya. Dia sedih melihat kampung tempat dia dibesarkan masih belum maju.Gambar kenangan bersama Allahyarham suaminya."Perancangan untuk memajukan kampung halaman sudah dibuat sedikit demi sedikit tetapi itulah hajatnya masih tidak kesampaian. katanya ketika dihubungi mStar. Dalam pada itu, Nonis memberitahu pemergian suaminya turut diratapi oleh penduduk kampung.ARTIKEL BERKAITAN: Suami Noniswara, bapa mertua MK K-Clique meninggal duniaARTIKEL BERKAITAN: Rupanya isteri MK anak tiri Noniswara, ucap tahniah suami dapat menantuMalah pemergian itu juga disifatkan satu kehilangan besar kerana arwah merupakan seorang individu disegani dan dikenali dengan sikap merendah diri serta peramah."Semasa suami saya meninggal dunia, ramai orang kampung menangis atas pemergiannya. Hajat dia banyak... dia mahu majukan kampungnya. Dia sedih melihat empat dia dibesarkan masih belum maju.NONISWARAPELAKON"Semua sangat sayangkan beliau, YB (wakil rakyat) di sini pun menangis, ustaz pun menangis, ramai yang menangis."Saya sendiri lihat ada penduduk kampung menangis sampai terduduk. Begitu sayangnya mereka kepada Allahyarham," ujarnya.Berkongsi karakter dan sikap peribadi arwah, Nonis berkata suaminya itu seorang yang happy go lucky dan suka bergurau.Malah, dia mengakui terlalu merindui gelak tawa suaminya dan kehilangan itu cukup memeritkan."Suami saya seorang individu yang baik, dia suka melawak dan berjenaka tapi dalam pada masa yang sama dia juga seorang yang tegas... tapi kadang-kadang serius."Cumanya dia lebih banyak bergurau, suka bersembang. Itu keistimewaan dia dan apabila dia sudah tiada pasti orang akan merinduinya."Saya sendiri sangat rindukan Allahyarham. Kematian ini rasanya lain sangat, bercerai hidup rasa lain, cerai mati pula peritnya hanya Allah sahaja yang tahu," katanya.Noniswara reda atas pemergian suaminya.Pada Ahad lalu, Sheikh menghembuskan nafas terakhir akibat strok otak kira-kira pukul 10.18 malam di sebuah pusat perubatan swasta Kuala Lumpur.Jenazah dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Mustaqim, Ampang, Selangor dan dibawa ke Kuala Krau, Temerloh, Pahang untuk dikebumikan.Untuk rekod, Sheikh juga merupakan bapa mentua kepada penyanyi MK K-Clique.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!